Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, April 30, 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Assalamualaikum buat semua, apa kbr semua, harap2 sihat lah adanya. Kek yang dah lama juga akk buat ni,kalo tak salah masa cuti sekolah bulan 3 hari tu,buat untuk balik kampung. Tak sangka bonda akk pun suka kek ni, anak2 apa lagi...lagiiiii suka. Terima kasih buat Yatie memories atas perkongsian resipi yg best ini. Sekarang ni nak celoteh panjang pun tak ada idea kepala asyik teringat kat my abe yg jauh berada di India nuuu.




Jom tengok resipi


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Rujukan Dari Sifu : Yatie Ratu Talam n Hana
Sharing : Lina pg
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
(Loyang 8x8x3)
BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus - lina pg gn 50g
  • 1 biji telur gread A
  • 1 sudu besar air - lina pg guna susu cair
  • 1 sk jus lemon
  • 1 sudu besar tpng gandum - lina pg gn tepung Hong Kong
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko* (lina pg gn 1/2 cawan)
  • 1 sudu kecil baking soda* (lina pg gn 1/2 sk)
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.(Last punya lina pg kukus selama 30min)
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sedap sangat kek ni

13 comments:

wah yummy..ramai dah try kek ni..zila lum dapat seru lagi ni..sedap nye tgk
 
salam rindu liza..nk gak sepotong kek cis cekelat nih..nom..nom..nomm!!
 
Cntik lapisan kek tu,sama rata ajer...
 
nmpak gmbar pon dh bleh agk- sedap!! rosa ni rajin tahap gaban lah. respek akk. hm, akk jamu mate je la..coz ngah diet habis2an nih..huhu. psst..tp kalo dihulur sepotong..x tolak..heee..
 
sedapnyaaaa..
kalo anna makan sure x pandang kiri kanan dah..
 
kek yg selalu diulang tayang..
mabelesss
 
mmg best kek ni kan, ada rasa coklat n cheese, mkn mmg tak hengat...hihihii
 
Salam kak rosa.. alahai.. kene tinggal jugak ye..meh2 teman tun kat sini meh.. hihi.. dh 10hari kene tinggal nih TT mmg xleh nk fokus apa2 kat umah. huhu.. tun dh try wat kek ni tahun lepas, sedap!
 
salam liza..cantik kejadiannya...bila la nk dpt kerajinan....lamaaa....teringin sgt nk wat... zila66
 
salam kak.... cantik lapisan akak tuh.. sekata jer... tetiba teringin nak buatlagik! haishhhhh geram btol laa...
 
Jauhnya abe dia... tak pe Rosa.. hargai erti rindu huhuhuhu... ayat jiwang karat!
Sedapnya kek lapis cream cheese tu, kelmarin dah berangan nak buat tapi bila pi kedai habis pulak cream cheese... bahan lain dah ada, akhirnya tadi buat kek coklat ajelah...
 
Assalamualaikum Kak Rosa,
cantik lapisan kek akak tu, suka tngk...tq sudi mencuba dan kena dngn selera akak sekeluarga...
 
Salam Sejahtera dari nun jauh di seberang sini... Down Under.

Thank you for sharing your recipes.
I followed your recipe instruction for this cake and it is simple, no fuss and yummy!

I hope with your permission I can share your link. Saya harap saudari Rosaliza benarkan saya berkongsikan your link to this recipe dengan teman-teman saya. Please let me know and thank you in advance.

For now, Selamat Berpuasa dan Semoga Sukses Selalunya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...