Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, August 19, 2013

CORNFLAKES MADU


Assalamualikum buat semua, makin lama makin lemau je nak mengupdate blog ni, opsss sebelum terlambat akk nak ucapkan selamat hari raya buat semua, mohon ampun dan maaf andai ada salah bicara,

Hari tu bila tgk Mas tayang conflakes ni, terus akk buat, lagi pula memang senang je, bahan2 pun ada, tq buat kak nor dan mas ya:~


Cornflakes Madu
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan :
1 kotak besar cornflakes ( Nestle ) 
6 sudu besar butter 
6 sudu besar gula pasir 
2 sudu besar madu 

Cara : 

Semua bahan2 dileburkan dalam kuali pastu masukkan cornflakes. 
Gaul hingga sebati. 
Padamkan api. 
Masukkan dalam papercup dan bakar sekejap. 
Suhu lebih kurang 160 - 170c lebih kurang 5 minit. 
Biarkan sejuk diredai @ rack, baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.


Tips: 
Kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. 
Boleh jugak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..

4 comments:

assalam liza..kegemaran anak2 ni kan..sekejap je dah licin kalau buat ni
 
salam..

cornflakes madu ni adalah wajib ada masa raya..favourite sekeluarga..selamat hari raya
 
biskut ni yg cepat habis raya thn ni.
 
Selamat hari raya kak rosa.. mmg antara biskut paling laku time raya nih..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...