Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Monday, January 7, 2019

Boko Ubi Kayu Sedap


Assalamulaikum buat semua semoga sihat ceria sentiasa. Boko ubi kayu viral mudah dan senang saja untuk membuatnya.. terima kasih Linapg atas tunjuk ajar resipi.. menjadi dgn jayanya BOKO ubi kanda.... kalau di ikut resepi viral kat FB tu comfirm x jadi boko harus jadi talam heheh







KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
Kongsi Bersama : rosaliza/syazaLiza

Bahan A (Bahagian Bawah)
  • 2 cawan ubi kayut parut (LiNa Pg guna ubi kuning)
  • 1 cawan gula putih (LiNa Pg kurangkan sedikit) - Embun guna 1 cwn gula merah + 2 sudu gula putih.
  • 2 cawan air (Kalau ubi putih tambah 1/2 cawan lagi)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (option)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata.Tuangkan ke dalam loyang/bekas kecil (LiNa Pg guna bekas kecil)
  2. Panaskan kukusan.Pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  3. Kukus kuih hingga masak.Kalau nampak cantik berkilat tu dah masaklah (anggaran 10-12min api sederhana)
  4. Ketepikan sebentar.Biar sejuk sedikit.
Bahan B (Kepala Santan)
  • 1 cawan santa pekat
  • 1+1/2 cawan air (bergantung kepekatan yang disukai)
  • 3 sudu besar penuh tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata terlebih dahulu.
  2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
  3. Tuang/sendukkan ke atas bahagian ubi yang dikukud tadi.
  4. Kuih Tepung Boko Ubi Kayu sedia dinikmati.Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe, Like, Komen Dan Share
NOTA KAKI: Embunrosaliza guna
3 cawan ubi putih
31/2 cawan air
Sedikit Garam
11/2 cawan gula merah#
3 sudu gula putih#
1 Cawan Air#
Daun Pandan#
Masak hingga gula hancur.
Kemudian tapis air gula kedalam ubi dan tambah 31/2 cawan air.. kacau rata... kemudian kukus.

Mama anak7 kena masak lebih sikit.

Alhamdulillah semua makan.. kecuali si Adik amik hati mama cuba mkn sikit. Tp mkn pun kena lebih kepala santan hehe

6 comments:

Dia copy semua sekali dgn nama LiNa Pg kat situ 😂😂
Alhamdulillah sedap kan tepung boko ni. versi koko atau gula putih, dua² pun sedap
 
Takut buang2 terus nnt terhilang lagi haruu.. dgn yiu tube sekali copy.. memang sedap lembut lemak manis
 
Terima kasih kongsi resepi lina dan syaza.nak cuba tapi nak campur gula enau.tapi nak kena cari ubi kayu dulu
 
Kak erna saya guna gula merah 1 cawan lps tu tambah 2 sudu gula putih... sedap kak lemak manis
 
Sana sini orang buat boko ubi, teringinlah pulak nak merasa huhuhuuu.
 
Buat amie jgn x buat sedap dsn simple je nk buat
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...