Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 22, 2019

Berakhirnya sebatang pokok Mangga

21.5.2019... akhirnya tumbang juga sebatang pokok mangga yang sangat2 rajin berbuah dan x pernah putus.. cuma selepas di sebut pkknya akan di tebang.. masa tu masih ada byk buah lagi...dia berbunga agak lebat juga.. tp kami x sempat merasa buah terakhir.. rezeki sang tapai.. yg jatuh semua dh di tebuk tupai.

Pokok mangga ni masa saya baru2 pindah dh pun besar masa tu awal bulan feb 1998.. sentiasa ada je buah dan tersangat lebat. Hanya tinggal kenagan dan ingin ku abadikan kenagannya di sini.. nasib baik ada juga sikit gambar pkk mempelam ini.








Monday, May 20, 2019

Kek Kurma

Assalamualaikum dan salam ramadhan yg ke 15 buat semua umat islam.. memandangkan byk stok kurma maka terhasil lah kek kurma.. adaptasi dr kek pisang...


KEK KURMA
Resipi : rosaliza@syazaliza
Bahan - Bahan
2 cawan gadum
3/4 cawan gula putih @ gula perang
1 cawan kurma buang biji
sedikit garam
1 sudu teh paras baking powder
1 sudu teh paras soda bikabonat
1 sudu teh ovellate
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur

Cara- caranya

Blenderkan kesemua bahan2 diatas hingga gebu . ( akk guna food prosseser ) kemudian bakar lebih kurang 40 ke 45 minit..kalo mengguna tin pembakar dapur gas tu. Kalo oven tak pasti pulak

Selamat mencuba dan terima kasih buat sofinar...akk guna sukatan cawan..


Selamat berbuka buat semua...

Friday, May 10, 2019

Sos Black Papper @ Sos Lada Hitam mudah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa hari ke 5 buat semua umat islam..

Anak2 cukup suka mkn sos black papper dgn kentang.. asalkan cicah2 mesti nk sos yg mama buatkan.. puasa2 ni layan je la ank tekak ank2.




Boleh semak resipi mudah ini

Resipi Sos Black Papper @ Sos Lada Hitam

SOS BLACK PEPPER 
By lina pg : linapg
Kongsi bersama :  rosaliza
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Sos ini sesuai utk di mkn bersama chicken chop dan apa2 jenis cicahan.
Selamat berpuasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...