Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Friday, May 10, 2019

Sos Black Papper @ Sos Lada Hitam mudah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa hari ke 5 buat semua umat islam..

Anak2 cukup suka mkn sos black papper dgn kentang.. asalkan cicah2 mesti nk sos yg mama buatkan.. puasa2 ni layan je la ank tekak ank2.




Boleh semak resipi mudah ini

Resipi Sos Black Papper @ Sos Lada Hitam

SOS BLACK PEPPER 
By lina pg : linapg
Kongsi bersama :  rosaliza
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Sos ini sesuai utk di mkn bersama chicken chop dan apa2 jenis cicahan.
Selamat berpuasa

1 comments:

assalam Rosaliza, selamat berpuasa.
sos lada hitam tu kegemaran anak-anak kami juga, dek terlalu suka sos tu sampai bujang2 buat sendiri di dapur hihiiii.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...