Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Thursday, June 4, 2020

RENDANG DAGING SEDAP

Assalamualaikum semua. Simpan sini resipi rendang daging untuk rujukan anak2 buat nnt
Mood menulis ke laut dalam. Asalkan ada resipi kira ok la kan


Pulut dan rendang ini ada org tempah,.alhamdulillah rezeki di musim PKPB.
Untuk resipi pulut ada di n3 sebelum ni.
RENDANG DAGING
RESIPI : http://embunrosaliza.blogspot.my

BAHAN - BAHAN
1. 2 kg Daging di rebus sekejap 10 minit lepas berdesir guna presurecooker. Lepas rebus baru di potong
2. 1kg Santan pekat
3. 1 Biji kelapa di goreng dan di buat kerisik.
4.  800 gram bawang besar*
5. 1 labu bawang putih*
6. 5 batang serai dipotong nipis*
7. 3 inci Lengkuas Muda*
8. 3 inci Halia*
9. 3 inci kunyit hidup*
10. 1 sudu Besar ketumbar di tumbuk halus
11. 2 keping asam keping
12. 1/2 keping nise
13. Garam, serbuk secukup rasa secukupnya
14. Cili kering potong dan rebus*
15. Minyak untuk menumis
16. Air rebusan daging.
17. Daun kunyit  - hiris halus, saya gunting je halus.
18. 2 ke 3 biji Kurma di buang biji

CARA2
1. Blend bahan bertanda *
2. Panaskan minyak tumis bahan bertanda * dan serbuk ketumbar sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Apabila wangi masukkan air rebusan daging , biar seketika.
4. Masukkan daging kacau hingga air agak kering.
5. Kemudian masukkan santan kacau hingga daging agak lembut.
6. Masukkan asam keping, garam gula , kurma dan serbuk  secukup rasa.
7. Kemudian apa bila santan semakin kurang masukkan kerisik, kacau sentiasa dgn api sederhana besar.
8. Masak hingga daging empuk.
9. Masukkan hirisan daun kunyit.
10. Sesuaikan rasa dan daging lembut, siap
11. Kalau daging masih keras lg, tambahkan air panas biar sehingga daging empuk.
12. Siap..kalau suka kering2 kacau hingga kering.

Resipi ni byk serdak2 rendang sebab byk guna bawang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...