Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 25, 2012

PULUT INTI

Salam Jumaat yg penuh ceria dan merupakan hari akhir persekolah, dan esok bermulalah cuti persekolahan, hurmmmm bestnya. Hari ini sambutan hari guru di sekolah anak2, yg sekolah Kebangsaan sibuk dengan hadiah , yang sekolah menengah pulak perempuan saje yg nak bagi hadiah kat cikgunya, yg lelaki malas nak bawa, bawa badan je. Kalo masa akk sekolah dulu suka je nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan .....dah pencen agaknya cikgu2 akk dulu


Esokk cuti dua minggu ,mesti ramai yang mengambil kesempatan balik kampung ataupun cuti2 Malaysia. Sudah pastinya banyak undangan perkahwinan cuti2 sebegini. Walaupun dimana saje anda berada semoga sentiasa di lindungi allah sentiasa.


Okkk, Oraittt berbalik pada menu N3 hari ini, sebenarnya buat masa besday addawiyah hari tu lagi 13.5.12, anak2 cukup suka dengan menu pulut, mama n abahnya pun sama naik juga mmg peminat tegar pulut. Lagi pulut senang je nak membuatnya. Kalo nak cepat n tambah semangat lagi, rendam dulu pulut pas tu sediakan intinya dulu, nak tak nak, malas atau rajin kena juga buat, kalo tak membazir je pulut yg terendam tu:~
PULUT INTI
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com


 Bahan- bahan
Inti kelapa secukupnya


1 kg beras pulut { di rendam seketika }
350ml santan pekat *
3 sudu besar gula*
1 sudu teh garam*
Bahan2 bertanda * di masak sketika, sekadar menghancurkankan gula n garam.


Cara - cara

Didalam pengukus, didihkan air kemudian kukus pulut selama 20 minit. Selepas itu angkat dan digaulkan dengan santan tadi, kemudian kukus semula selama 15 minit atau sehingga masak. 


buat sekilo pun pasti habis, anak2 suka mkn ulang2.


Petang ni lepas solat jumaat 2 anakku Amirul Irfan n Ariff Isqandar akan ke Taiping selama 3H2M kerana mengikuti lawatan sekolah untuk pasukkan Hoki. Semoga selamat sampai ke destinasi dan di lindungi Allah sentiasa, selamat pergi dan kembali

12 comments:

Salam sis,
aduhh...lama x mkn pulut cmnie...ingt lgi kalau knduri kat umh arwah nenek dulu...time orng masak pagi2 tu...ni la sarapan diaorng....cicah pulak ngan inti kelapa....mmg bestlah...!
nnti sy nak try la buat cmnie....lama dah x mknnya....terliur lak rasa...:)
 
wah..sedapnya pulut inti...saya pun peminat tegar jugak..hihihi
 
salam kak rosa =) dh lama tun x makan pulut. suka makan, tp lepas tu berangin badan. huhu... biasanya kat kg tun, kalau pulut putih gini makan ngan kelapa+ikan masin, kalau mkn ngan inti kelapa manis, pulut tu kaler coklat, masak ngan gula melaka.
 
kita pun peminat tegar pulut kak ,cuma nak membuatnya tu ada sikit M hahhaaa
 
salam rosa..sama lah kita dirumaha kaak un amcam tu suka sangat makan pulut..
 
Waduh2...sedapnya,dah lama betul tak makan pulut inti ni.
 
sedapnya...lama tak makan pulut...!!frst time visit ur blog...nice n cool space..glad to follow u!

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/
 
As salam kak rosa,
Cara nk buat inti kelapa tu buh la sekali..
 
Salam Kak Rosa..best pulut inti.. dh lama xmkn..klu blk klate sure slalu dpt mkn tp xleh slalu sgt..krg angin 1 bdn hehee..
 
Hai Rosa,
ni sedap makan time hujan...dengan secawan kopi panas!!!!
 
ni kalau petang2... duduk depan pintu... makan sambil minum air teh sedap ni


Aktiviti Hari Ini
 
Assalamualaikum kakkkk..
Sama2 pergi bertapa kite ni rupanye yer.hihi..
Ni baru dtg nk ngendeng pulut akk ni ha.. Akk kat kmpung lg ke?
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...