Nasib baik ada juga snap gambar guna hp. Mcm ni lah rupa paras ketupat sotong kelantan, rasanya lemak manis berkrimmm. Kalo beli tersangat lah mahal. Menu ini sangat popular di bulan Ramadhan
KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
10 ekor sotong segar bersaiz sederhana ( bersihkan cabut kepala, gigi dan tulangnya )
1 cawan santan sederhana pekat - separas sotong
11/2 keping nisan
Gula 2 ke 3 sudu besar
Sedikit garam
3 helai daun pandan
Lidi secukupnya
Untuk pulut
1 cawan pulut
1 cawan santan
Secubit garam
Cara2
- Masak pulut seperti biasa masak nasi biasa.
- Sejukkan sekejap pulut yg telah masak
- Ambil sedikit pulut dan masukkan kedalam sotong.
- Tutup pulut tadi dengan menggunakan kepala sotong , kemudian cucuk atau kemaskan dgn lidi, agar pulut tidak terkeluar semasa merebus nanti.
- Lapik dasar periuk dgn daun pandan, kemudian susun sotong.
- Pecah2kan nisan , masukan gula garam dan santan ke dalam periuk yg berisi sotong tadi. ( santan paras sotong )
- Masak dgn api sederhana, dan tutup periuk. Masaklah sehingga kuah pekat.
- Siap......sedia untuk dimakan
Simple je resipi, kalo nak merasa sila buat sendiri. Anak2 suka makan
3 comments:
Bonda kita meme tak pernah buat tupak sutun ni, akk pandai mkn pun dr umah mek jugop, adaptasi dari rasa dan eksperimen masa umah mek di adaptasi ke blog embun. Ok lah rasa boleh tahan. agak2 kat PV ada yg mkn tak
Post a Comment