Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 5, 2020

KEK PUDING KARAMEL

Assalamualikum dan selamat pagi buat semua. Tiber je buat kek puding karamel ni, sebenarnya esok ada hari jadi Si Angah, dia biasa la x payah buat kek katanya. Tp kesian pula x ada kek x dpt la nk mkn. Jadi buat la kek puding karamel ni, selalu RVC sokmo.



RESEPI KEK PUDING  KARAMEL
By : Munira 
sumber I: kak rosaliza
sumber II: linapg

BAHAN - BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula
CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)
BAHAN B ( Puding Roti Karamel)  ( Puding Karamel cara rosaliza )
  • 2 sudu besar susu pekat manis  - 1/2 cawan susu 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air - rosaliza guna 1/2 cawan air
  • 3 biji kuning telur + 1 biji telur -rosaliza guna 3 kuning tlor + 2 bj telor
  • 3 keping roti - rosaliza x guna roti
  • 1 sk esen vanila 
 CARA - CARA:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis dan air.Rendam roti ke dalam bahan tersebut sambil carik2kan roti.
  2. Masukkan esen vanila. Blend halus bahan2 tersebut.
  3. Pukul telur (pukul manja2 jer) jangan sampai berbuih.Masukkan ke dalam bahan blend
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus ) 
BAHAN C ( KEK ) Linapg gn sukatan cawan arcopal)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum - rosaliza guna tepung naik sdiri MFM
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sk baking powder - x letak
  • 1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  3. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit demi adunan sebati.

BAHAN D
 (Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
  2. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D secara kaup balik
  3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  4. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  5. Bakar secara double boil (Letak air panas panas ke dalam loyang)pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  6. bakar selama 1jam suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) . - rosaliza tambah 10 minit api atas bawah
  7. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven.Kek akan nampak kang dari loyang.
  8. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam esbok

 Elok je kejadian
 Lorek2 sikit
 Sedang membakarkan diri kek
 Siap, tp kejadian kurang mulus puding tu
Ada satu kawah besar tang tengah tu. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...