Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 24, 2020

PIZZA DOH DONUT

Assalamualikum buat semua. Anak2 cukup suka buat pizza simple2. Bagi org lain biasa2 tp bila buat bersama ank2 best pula.
Maklum la PKP masih berkuat kuasa lagi hingg 12. Mei. 2020.
Kalau ada sesiapa yg ada resipi donut tp jk mkn pizza boleh je buat pizza. Kita yg masak dia kan





PIZZA TUNA Doh DONUT
resipi Doh : hasue
kongsi bersama : embunrosaliza

  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) akk guna tepung gandum aje
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
NOTA : doh untuk roti perlu di rehatkan paling kurang 1 jam, atau hingga 2 kali ganda kembangnya

TOPPING PIZZA MUDAH
Resipi : embunrosaliza

Bahan
1 tin sardin besar 
Sebiji  bawang holland di hiris*
Sebiji Cili Merah di potong*
Tomato di hiris*
Slice Cheese*
Oregano*
Sedikit garam
3 Sudu Mayonis
Sos Cili utk sapu atas doh
Minyak utk di sapu atas doh

Cara2
Lenyekkan sardin,.masukkan sedikit garam dan mayonis.
Ambil doh masukkN ke dalam loyang, tekan2 bag sama besar dgn loyang.
Sapu minyak atas doh kemudian sapukan sos cili.
Ratakan sardin di atas doh
Taburkan bawang tomato dan cheese
Taburkan oregano jika ada
Bakar dlm 20 minit suhu 150° ikut oven masing.
Doh ini dpt 2 biji besar dan 2 biji kecil.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...