Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Tuesday, September 28, 2021

Behon Goreng Viral 12 sudu Gula

 Assalamualikum dan selamat pagi. Pagi ni buat sarapan behon goreng viral. Ikut reseipi betul2 TETAPI ada tambahan sikit isi ayam, sbb ank2 yg nk mkn, kesian pula kalau kosong betul2, x pasal2 nk kena goreng telor mata.

Saya copy dan Paste resipi di rumah Cikgu Amie nuuu di Sabah. Terima kasih Amie. Ank2 belum mkn lgi x dpt dgr komen lgi.

Behon Goreng Viral 12 sudu Gula



Behon Goreng Viral 12 Sudu Gula

Dicuba : embunrosaliza.blogspot.my syazaliza

CnP : http://salamisimon1.blogspot.com

Bahan-bahan:

  • 1 paket bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
  • 1 paket kecil udang kering - bilas & toskan (Amie gunakan 2 sudu besar udang kering)
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu teh MSG - ajinomoto - ratakan
Bahan kisar:
  • 3 biji bawang merah Rose
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 1/2 sudu kecil belacan bakar
  • asam jawa sebesar duit 20 sen - rosaliza campur 1/2 cawan air
  • 12 sudu teh gula - ratakan
  • 7 X 1/2 sudu teh garam - ratakan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit - resipi asal letak, rosaliza letak juga
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng udang kering  seketika.
  2. Tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit aroma. Masa ni rosaliza tambah isi ayam dan juga air asam jawa.
  3. Perlahankan api dapur. Taburkan MSG. Terus tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan bihun.
  5. Gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit air. 
  6. Untuk mengetahui bihun goreng sudah masak, akan kelihatan asap di permukaan bihun.
  7. Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.

Ingat zaman sekolah2 dulu, selalu behon kosong mcm ni je kat sekolah. Lps tu tambah la kuah gulai Ayam. Selalu mee goreng la lagi sinonim tambah kuah gulai ayam. Masa tu mana tau ada mee kari.

7 comments:

Bila tengok di sini, teringin nak buat lagi.
Sedapkan Rosa.
 
Rasa dh cukup sedap Amie. Lain kali nk kena tambah air sikir. Bg lembut lagi behon tu
 
bihun budak sekolah kalau kami panggil ni, bihun kosong letak dalam plastik ikat getah...memori sangat
 
Tak rasa manis sangat ke
 
Sama masa zaman akk sekolah juga ni. Cuma kaler pink behon klte
 
X manis pun rasa dia balance je dan sedap. Jgn pula sukat betul2 penuh sangat, amik hujung2 sudu je, paras sama rata je. Insyaallah x manis
 
Hidangan menu mee goreng kegemaran ramai orang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...