Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 3, 2021

Kek Red Velvet

 Assalamualikum ,kek yg selalu di buat ketika ank2 besday, mls nk susahkan kepala.

Ini kek besday menantu 27.10.21

Conteng2 dgn budak Puteri, suka dia nk mendeko juga



Cuba oleh : http://embunrosaliza.blogspot.my


Bahan bahan:
2 1/2 cawan  Tepung naik sendiri Mfm atau blue key
1 sk garam
2 sudu besar serbuk koko
1 1/3 cawan myk masak
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
1 sudu besar pewarna Merah
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula halus ( gula di blend )
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil soda bikabonat

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci yg di lapik dgn baking paper, dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 45 minit atau sehingga kek masak. 

Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 150C selama 20-30 minit. Saya hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

Rosaliza Guna sukatan Cawan Metrik
 
CREAM CHEESE ROSALIZA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...