Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 5, 2021

KEK GULA HANGUS, KEK SARANG SEMUT

 Assalamualikum dan selamat pagi buat semua, minggu lepas saya dan Mami June terajin buat kek Gula hangus, saje nk testing oven pemberian jiran yg pindah rumah. Mami memang bersemangat kalau nk buat apa2 pun, saya tolong bab2 sukat kacau je. Akhirnya menjadi dgn jayanya, x berapa manis sedap dan bersarang. TQ Mami yg sediakan semua bahan2 tu.

TQ Linapg utk resipi ni, senang copy n paste dr Lina, sbb tu sekarang ni selalu ada N3, boleh cnp dr blog teratak mutiara kasih. Resipi memang sebiji x ada ubah apa2 pun tu


Snap gambar pun kat luar je tu. Kami main masak2 kat dapur depan rumah, mcm berkelah gitu. Kat dapur tu mcm2 kami buat masak2 utk doq selamat jiran2 kami, buat nasi lemak, lepak2, kalau berkebun gotong rotong pun kami masak air kat situ
Mcm tergaring sikit kat bawah tu, tp masih lgi ok dan sedap, oven baru nk test, x tau kepanasan dia mcm mana.


KEK SARANG SEMUT

By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji telur gred B
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 100g mentega
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sb baking soda
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk esen vanila
Cara-Cara
  1. Mula mula buat gula hangus terlebih dahulu.Menggunakan kuali atau periuk, cairkan gula hingga keperangan (guna api kecil sahaja)
  2. Apabila gula mencair keseluruhan, masukkan air panas (semasa masukkan air panas, gula akan berketul) kacau dan biarkan gula larut semula.
  3. Masukan mentega dan biarkan mentega larut.Tutup api dan ketepikan sebentar.
  4. Sementara itu ayak tepung gandum bersama baking soda dan baking powder.Ketepikan.
  5. Satukan telur dan esen vanila pukul hingga telur berbuih sedikit (macam buat telur dadar) TAK PERLU pukul hingga kembang.
  6. Masukkan susu pekat manis dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.Tuang adunan ke dalam loyang (9x9in) yang telah disapu dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  8. Rehatkan adunan selama lebih kurang 20-25min (sementara itu panaskan oven suhu 160'C mengikut suhu oven masing-masing.
  9. Bakar kek selama 1jam menggunakan api bawah selama 30min pertama dan selebihanya api atas dan bawah hingga masak.
  10. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila klik link di bawah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...