Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 29, 2021

Ayam Korea


 Assalamulaikum dan selamat mlm. Mlm ni ank2 nk ayam goreng Korea. Selalu duk guna resipi CikNom ni, tp x tepek respi.

Kali ini rajin snap gambar. Ayam ini guna serbuk cili Rahman . Pedas berapi rasanya, masa numis tu menusuk hidung heheh. 


Oleh: Che' Nom

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak:30 minit
  • Jumlah Hidangan:5-6 orang


Ayam Korea Resipi CikNom

Kongsi bersama : embunrosaliza. Blogspot.my

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk ayam goreng:
    • 700g kepak ayam (bahagi dua bahagian)
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • sedikit serbuk black pepper
    • garam secukup rasa
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2/3 cawan tepung jagung
    • minyak yg banyak untuk deep fry ayam
  • Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
    • sedikit minyak
    • 2 biji bawang putih
    • 1 sudu besar kicap manis
    • sedikit air
    • 3-4 sudu besar sos gochujang
    • 1 sudu besar gula perang
    • 1 sudu besar madu
    • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
    • bijan putih untuk taburan
  • Bahan-bahan untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
    • sedikit minyak
    • 2 biji bawang putih
    • 1 sudu besar kicap manis
    • ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
    • sedikit air
    • 1 sudu besar gula perang
    • 2-3 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar madu
    • sedikit garam
    • 350g kepak ayam yang sudah digoreng (bahagian atas)
    • bijan putih untuk taburan
  • Cara-cara

    1. Cara-cara untuk ayam goreng:
      1. Bersihkan ayam, tos kering. Potong kepak ayam kepada 2 bahagian.
      2. Parut halus bawang putih dan halia ke atas ayam. Tambah serbuk black pepper dan sedikit garam. Perap sebentar.
      3. Campur dan kacau sekata tepung gandum dan tepung jagung. Celup dan gaulkan ketulan ayam tadi atas tepung. Susun dalam bekas
      4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan rehat sekejap.
      5. Masukkan kembali ayam dalam kuali dan goreng buat kali ke 2. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Bolehlah sediakan sos salutan ayam pula.
  • Cara-cara untuk SOS PILIHAN 1 (gochujang):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan kicap manis, air, sos gochujang, gula perang, dan madu. Masak sehingga kuah pekat.
    3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
  • Cara-cara untuk SOS PILIHAN 2 (homemade):
    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
    2. Masukkan kicap manis, serbuk cili atau serbuk paprika, air, gula perang, sos tomato, madu dan sedikit garam. Masak sehingga kuah pekat.
    3. Gaulkan ayam yang dogoreng tadi sehingga sekata. Tabur dengan bijan sebagai hiasan.
  • Tips:

    • Ayam Korea haruslah digoreng sebanyak dua kali supaya dapat hasilkan ayam yang rangup. Untuk gorengan pertama, memadai sekadar ayam masak kekuningan. Untuk gorengan kedua, masak sehingga ayam keperangan.
    • Jangan guna ayam yang besar sangat kerana nanti isi terlalu berserat dan kurang lembut. Seeloknya guna bahagian chicken wing yang dipotong 2 (winget dan drummet).

    3 comments:

    Ayam goreng korea memang sedap tapi tak tahan pedasnya
     
    Wsalam.Ayam korea memang sedap.Kalau masak konfirm cepat licin.
     
    Sedapnya ayam korea..lama jugak tak buat ni..
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...