Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Wednesday, December 15, 2021

AYAM PHAT PHET @ AYAM PATPET

 Assalamualikum dan selamat tengah hari buat semua. Siap menu utk hari ni, teruja nk simpan resipi kat sini. Siap msk snap pic dlm kuali legend.





AYAM PHAD PHIK

olahan: rosaliza @ syazaliza

BAHAN2

10 ketul Ayam potong sederhana kecil

3 ulas bawang besar*

3 batang serai hiris2*

1/2 inci halia*

1 inci kunyit Hidup*

11 tangkai cili padi hijau*

3 helai daun limau purut*

1 sudu cili giling*

Sedikit belacan*

1 keping asam keping

3 helai daun limau purut

Garam

Gula

Secukup rasa

Minyak

3 tangakai kacang panjang

1/2 batang Karot

CARA2

1. Garam kunyitkan ayam kemudian goreng, jgn sampai garing, asalkan masak jer.

2. Belder bahan bertanda (*)

3. Apabila ayam masak, masukkan terus bahan blender ke dlm kuali yg ada ayam. ( Ayam tak perlu di angkat )

4. Masukkan juga asam keping dan daun limau purut.

5. Tumis sehingga wangi, masukkan garam gula, secukup rasa, kacang dan karot.

6. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasa

7. Siap.

Selamat menjamu selera



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...