Assalamualikum dan selamat malam buat semua. Baru rasa tergerak hati utk share kat sini. Simpan sini sebagai kenangan yg tak akan di lupakan. Kisahnya :~
Pada 6. 11.2021 ( Sabtu) setelah tertangguh hampir setahun utk lawatan melancong sambil memborong di Sabak Bernam. Masing2 teruja utk ke lawatan, lama x naik bas rasa seronok, lgi pun suami dan 3 org ank pun ikut serta.
Kami menaiki 2 bas A dan B, kami naik bas bersama grup dan komuniti penduduk sekitar kami.
Perjalanan dr pukul 7am gerak dari KL, sampai blk pukul 9pm. Masing2 jaga SOP.
Ahad 7.11.2021 mcm biasa sihat elok je boleh kesana kesini lg.
8.11. 2021 ( Isnin) org mcm biasa sihat2 je lagi, tp mlm tu lps isyak terus tido, x ada pula rasa mcm demam.
9.11.2021 ( selasa ) pagi mcm biasa x ada apa2 sangat tp ada juga rasa mcm nk demam tp x demam. Tp badan rasa mcm nk demam juga la,
Ptg selasa ada kwn2 dlm rombongan kata positif. Ya allah terus rasa jantung mcm nk berhenti, tiba2 rasa mcm x sedap hati, test kit memang dh ada kat umah. Mula2 suruh sorang ank cek sbb dia pun nampak mcm nk demam tp x demam. Ya Allah walaupun samar2 tp keluar 2 line. Mama lgi la rasa takut.
Nak x nak kena cek juga,bila cek ya allah dua line juga, bermakna kami 2 org positif. Alhamdulillah, kami dua2 dh lengkap vaksin. Mlm tu terus lapor ke mysejahtera, tp sistem lambat. Esok baru masuk data.
Rabu 10.11.2021 seawal pagi jam 9.15am kami ke CAC( pusat penilaian covid ) Saya, kak yang (ank,) Lynn, Syuk ( suami Lynn) dan Supt Zahar. Suami Lynn tolong bawakan, sebab kami semua positif ber5. Bergelang pink la kami.
Sesampai di rumah, ada dokter call pantau dan tanya pasal kesihatan,
Bermula la kami ber5 kuarantin di rumah masing2. Ptg Rabu makin bertambah yg positif,
Terima kasih jiran2 dan persatuan yg sentiasa bg bantuan kepada yg positif. Makanan pun sentiasa ada org taja buat kami.
Hari ke 5 kurantin, kena pula sikecil Puteri, bangun tido dia kata tekak dia sakit. Abah dia terus buat cek, memang kluar 2 line, terus bawa ke Cac. Adda dan abah dia selamat. Masih negatif.
Kawan2 yg positif dah semakin bertambah.
Sepanjang kuarantin saya tidak apa2 masalah kesihatan yg lain, tiada selsema batuk ataupun demam, cuma kaki sentiasa sejuk.
Yg paling ketara sekali hilang selera mkn, boleh mkn yg sedap2 je dan buah2an.
Sepanjang kuarantin ada la juga hilang deria bau, tp sekejap je. Bangun pagi 5.30am, cium terapi, rasa berangin je bau lemon x rasa, kemudian ke bilik air sabun2 tangan lps tu cium bau jauh2 je c kuat sangat. Lps solat subuh, alhamdulillah deria dh ada semua, testing dgn bau minyak gamat dan myk wangi 😅😅😅
Pada 19.11.2021 jumaat, berakhir la episod gelang pink, hari ke 11 akhirnya gelang di potong, selera mkn masih lg kurang tp boleh mkn juga la.
Syukur Alhamdulillah, ank2 yg lain negatif.
Alhamdulillah 26.11. 2021 dapat panggilan utk Booster, selepas seminggu positif. Hari ini 1.12.2021 alhamdulillah x ada demam atau apa2, cuma sakit sikit kat bahu je.
Jangkitan ini berpunca dr lawatan, sehingga 27.11.2021 baru habis semua kwn2 dan ank2 mereka habis kuarantin.
0 comments:
Post a Comment