Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan yang tiada muncul2

Saturday, May 14, 2022

CARA MEMBUAT TAPAI PULUT

 Alhamdulillah, hari ini hari ke 6 puasa sunat Syawal. Tiada apa yg istemewa pun utk raya esok. Cuma terajin sikit buat tapai. Daun pisang pun ada keliling rumah je. Pagi2 rendam pulut dulu. Lps tu ambil daun pisang, terjemur tengah panas dan terlupa pula nk angkat masa dia layu tu, jadi lebam pula daun.




Ragi, dh separuh baru ingat nk snap




TAPAI PULUT

RESIPI : rosaliza

Bahan2

1 kg Pulut basuh bersih rendam 3 jam.

Sebiji ragi

2 cawan air tapis

Daun pisang secukupnya

Lidi atau stepler

CARA2

1. Didih air dlm pengukus.

2. Masukkan pulut dlm periuk kukus, kukus hingga naik wap dan nampak agak jernih.

3. Angkat pulut, masukkan ke dlm besen.

4. Masukkan 2 cawan air tapis, gaul2 kan hingga sebati, 

5. Masukkan semula pulut ke dlm pengukus, dan kukus hingga naik wap atau pun hingga masak jernih.

6. Apabila pulut masak, angkat dan masukkan ke dlm talam, ratakan pulut di permukaan talam,sejukkan hingga betul2 sejuk, lebih kurang 2 jam.

7. Apabila pulut sejuk, ambil ragi dan tapis teh yg kasar, sagat2kan ragi hingga separuh ke seleuruh permukaan pulut.

8. Kemudian terbalikkan kesemua tapai, tapiskan lagi separuh dr ragi td hingga habis.

9. Gaul rata ragi tdi.

10. Boleh la mula membungus mengikut kreativiti  masing.

11. Kemaskan daun , kemudian susun dlm periuk, peram tapai selama 2 hari.

Selamat mencuba

2 comments:

wah, kagumnya! Pandai buat tapai pulut. Ragi tu baru pertama kali saya tengok…hihi
 
Ragi khas utk tapai. Insyaallah manis
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...