Assalam dan selamat pagi. Setiap kali puasa pasti sekali buat kuih seri kaya ni. Bila buat kuih guna loyang boleh la di bahagi sikit pd jiran tetangga.
PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak
Satu sudu besar gula rosaliza tambah
Cara Untuk Lapisan Bawah
- Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
- Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
- Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
- Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
- Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak
Cara Untuk Lapisan Atas
- Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
- Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
- Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
- Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
- Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
- Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
- PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
- Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.
0 comments:
Post a Comment