Assalamualikum dan selamat pagi, selamat tahun baru cina buat semua chinese yg meraikannya. Tahun ini 2023 merupakan tahun arnab.
N3 pertama utk tahun 2023, terlupa sudah dgn blog kesayangan ini.
Kek Buah kukus ni buat makan2 masa besday Aqil 20.1. 2023. Mama x buat kek besday.
Kukus pun 2jam lebih2 sikit je ni. Hari ni 22.1.23 dh pun selesai kek ni
Elok pula kejadian buah berterabur.
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : lina pg
Di cuba : embunrosaliza
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir - hampir 2 Cwn Metrik
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum* - 31/2 Cwn metrik
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
0 comments:
Post a Comment