Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 3, 2023

Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

 Assalamualaikum dan menghampiri ke tengah hari dah. Siap masak lauk tengah hari dh. Ada juga beberapa kali buat ayam kicap ala2 3 budak gemuk. Tp resipi x disimpan di blog embun pula.

Guna perkhidmatan En Google utk cari resipi, tgk2 resipi ciknom yg teratas sekali dan paling senang.  Terus ke dapur goreng ayam yg memang dah tersedia utk di goreng. Maka siap lah ayam kicap

Nampak kering kerana x curah habis lg kicap
Berasap kelabu gambar 😅😅
Ini telah di curahkan kesemua kuah2 kicap tu


Ayam Kicap 3 Budak Gemuk

Resipi : CikNom

Di Cuba : embunrosaliza @ syaza liza

½ ekor /600g ayam

sedikit garam

serbuk kunyit

1 tangkai daun kari

3 biji bawang merah kecil

2 ulas bawang putih

½ inci halia

3 biji cili padi

1 Sudu besar cili kisar ( rosaliza tambah )

½ biji bawang besar

anggaran ¼ cawan kicap pekat manis

2 sudu besar air asam jawa

2 sudu besar sos tiram

½ sudu besar gula melaka

CARA-CARA:

  1. Cara-cara untuk sambal gesek:
    1. Potong kasar bawang merah, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili padi.
    2. Panaskan minyak dan goreng bahan potongan sehingga lembut lalu mengangkatnya.
    3. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang telah digoreng bersama garam, gula secukup rasa dan sedikit serbuk perasa (pilihan).
    4. Perah jus limau nipis kedalam sambal untuk menjadikan ia lebih sedap dan gaul kesemua bahan.
  2. Cara-cara untuk ayam masak kicap:
    1. Letakkan sedikit garam dan serbuk kunyit didalam ayam. Gaul sehingga rata dan perap ayam untuk seketika.
    2. Tumbuk kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia dan cili padi.
    3. Goreng ayam sehingga ayam masak tetapi tidak terlalu garing dan kemudian, angkat ayam.
    4. Tumis bahan tumbuk kasar lalu masukkan daun kari. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga kekuningan dan naik bau.
    5. Masukkan kicap pekat manis, air asam jawa, sos tiram, dan gula melaka.
    6. Masukkan ayam goreng kedalam kuah kicap dan tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
    7. Masukkan hirisan bawang besar dan renehkan ayam sehingga masak sebati bersama kuah masak kicap,
    8. Kemudian, ayam masak kicap ala 3 budak gemok siap untuk dihidang bersama sambal gesek
SAya x buat sambal gesek

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...