Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 3, 2023

ROTI CELUP TEPUNG @ CRISPY FRIED BREAD @ ROTI GORENG RANGUP

Assalamualikum dan selamat pagi, agak lama juga x buat roti goreng rangup ni, baru2 ada terdengar ' lama dah x mkn roti celup tepung mama' 😅😅😅.

Selalu juga buat roti mcm ni tp x snap gambar. Kali ni snap gambar semata2 utk update kat blog. Resipi yg di olah oleh blogger tersohor Hasue di Sarawak sana.

Suka buat roti ni potong kecil2, sekeping roti tu boleh potong 8, kalau potong 4 besar pula jadinya.

Roti ni jadi bekalan ank sekolah pgi ni. Selalu hari jumaat bekal simple2 je, ank2 blk awal hari ni.

Jomm semak resipi


ROTI GORENG RANGUP @ ROTI CELUP TEPUNG

Resipi :  HaSue @ Myresipi
kongsi bersama :embunrosaliza.blogspot.com @ syaza Liza

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )

8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je) saya letak 3 sudu gula
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)




Saya Guna Kaya jenama ni

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...