Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 27, 2012

HOKI ZON BANGSAR BAWAH 15 dan 18 - SMK BUKIT BANDARAYA

Selamat pagi buat semua, lama sunggu bertapa gambar2 ini. Sejak akhir2 ini entah kenapa mood mengn3 tak ada langsung. Malas yg amat, ketandusan idea nak tulis pun ya, tapi hari2  buka je pc mlm nak tido baru off. Semenjak blogger.com berwajah baru, paler akk pun pening, lama tilik2 n cari2 baru nampak utk new post , pening paler n tak biasa dengan keadaan baru, ni akk tukar balik yg lama ok sikit. Hari tu kisah si talam nangka ada tajuk tapi tak keluar N3, berpeluh akk baru draf n save je, tetiba terpublish pulak. 


Ok lah ,Edisi menghabiskan gambar yg lama. Gambar hoki ini anak akk Amirul Irfan bawah 15 dan Ariff Isqandar bawah 18, tak banyak pun gambar2,akk ambil gambar ni dari perlawan pertama hungga ke penyampaian hadiah, malas dah buat sikit2.  Sebagai kenagan n semangat buat anak2ku :~












 tengok budak bawah 18 main memang menakutkan, yg ni sekolah bukit jalil, terkena kayu hoki kat kepala, ngeriii
Lelaki bawah 15 mendapat tempat ke2
Lelaki bawah 18 mendapat tempat ke 3
Perempuan bawah 18 mendapat tempat PERTAMA


Selepas ini Pasukan lelaki bawah 15 n perempuan bawah 18 dapat masuk ke Peringkat Negeri pula.

Tuesday, April 17, 2012

KERABU TOMATO IKAN BILIS

Memalam baru nak letak N3. Sebenarnya dah lama juga akk buat kerabu ikan bilis ni, sedap dimakan bersama nasi, kalo bagi pengemar tomato boleh dimakan begitu saje, mmg sedap. Terima kasih buat mama Dania, Hana yang dah mula nak merempit dah la ni setelah balik dari JepOOng. Tq ya hana atas resipi ini, dh banyak kali akk buat:~



KERABU TOMATO IKAN BILIS
Resipi : HANA
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com



Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka
  • embun tambah kacang goreng

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube..



Sunday, April 15, 2012

LAKSA SARAWAK

Selamat petang dah nak masuk ke senja dh ni. Petang ni gerimis di luar sana. Hurmmmm mengeluh panjang pulak, bukan apa kat rumah ni kadang2 laju sangat line internet, tapi hari ni punyalah kuye2 sampai naik fedup nak mengN3. Kalo sebelum ni selalu dengar HASUE je yg marah2 geram  kat BERUK tak berekor dia, tapi nampaknya beruk Hasue dah maju. Emmm byk pilihan lagi kalo nak yg laju.  ...Kelembapan internet juga menyebabkan kurangnya N3 dan BW, la ni banyak on n off FB je, laju pulak kalo dengan FB tu.


Ok menu istimewa dari orang istimewa yang memberi perencah istimewa haji manan ni. Anak2 suka dengan laksa sarawak ini, terutama Eqa, dia boleh ulang2 dua tiga kali makan, sedap. Dapat lagi akk n famili merasa lagi laksa sarawak ni. Macam Hasue kata laksa ni cukup senang untuk memasaknya, tapi bahan2 asas mesti adalah, terutama PERENCAH LAKSA tu, kalo tak, memang tak jadilah. Boleh tengok SINI laksa sarawak akk


Kalo panjang umur dan sampai ke negeri Sarawak, menu yang mesti akk nak cuba laksa sarawak ni. Kalo yang beli mesti set lengkap dengan cendawan hitam tu... nyummm sedapnya.




RESIPI LAKSA SARAWAK


By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
 
Bahan2 laksa(tidak terhad):

  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap) - embun goreng juga
  • Tauhu goreng - tak letak
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika) 
  • Cendawan hitam(celur) - x ada
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya - embun  tambah 1 kiub ayam
Cara menyediakan kuah laksa:

  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.

terima kasih buat DIA yang mengirim pes laksa sarawak ini, semoga rezekinya berlipat ganda lagi. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Terima kasih teman


p/s laksa ni sempat di rasai oleh Ayunalisa n famili , kalo tak silap akk 31.3.2012 akk buatnya

Tuesday, April 10, 2012

PARCEL

Selamat pagi selasa buat smua. Pagi ni hujan di sekitar KL, nyaman je rasa . Minggu lepas akk ada terima satu bungkusan, tapi akk ni mcm biasa lah selalu tak ada kat rumah bila incik posmen datang. Terpaksa la pg ambil lepas kul 8pm kat pejabat serahan bungkusan. Terima kasih yang tidak terhingga buat SI DIA yang mengirim parcel ini. Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki buatnya dan famili. Terima kasih teman maya ku. Sebagai kenagan akk letak kat sini ya :~


 sarwa
Laksa tu dah selamat di masak, n3nya akan meyusul nnt

Monday, April 9, 2012

AMANI KU SAYANG

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua. Pada jumaat lepas 6.4.12 genap lah Amani  18 bulan iaitu setahun setengah. Dan pagi tadi 9.4.12 akk bawa Amani cucuk . Beratnya 10kg. Masa cucuk tu ingatkan Amani nak nangis, rupa2 sikit pun tak keluar suara, agaknya tak sakit kut, lagi sakit kena buli ngan abang2 n kakak2 dia lagi hehehhe. Alhamdulillah sampai ke petang ni kul 5.10 pm  masa n3 ini di tulis Amani sihat je, tak ada panas2 badan atau pun  demam ,  syukur sangat. Harap2 kuat lah badan dia melawan :~





 gambar atas keta, kesan bangun tido kat pipi dia
Ada yang merindui Amani tak, Zhariff n Maisarah rindu kita tak. Acik Erna ni muahhhh dari amani

HOKI INTER ZON - PENYAMPAIAN HADIAH - part 3

Fuhhhhh habuk penuh , lamanya untuk part 3 pun, Jom la layan gambar kenangan :~



tamat sudah hoki inter zon , 

Wednesday, April 4, 2012

HOKI INTER ZON - PENYAMPAIAN HADIAH - part 2

Jangan ada yg mual atau loya2 ya tgk gambar yang penuh kehijauan padang hoki ini , akk dgn penuh bangga n seronok sangat nak letak gambar2 ini, kalo boleh mahu semua ku letak kat sini, apakan daya ruangan terhad:~




 Amani dan cikgu




 bersama GB
 posing ala2 gedik gitu bersama besfen aka kembar dia izwani aqila
 amani pun tak mau ketinggalan juga

pakat2 jadi duyung la pula.




ohwwww rupa2nya belum habis lagi gambar2 nig, akan meyusul part 3, bila kerajinan menjelma nnt....

HOKI INTER ZON - MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH - part 1

Mohon maaf pada semua, semenjak dua menjak ni akk kurang BW, bukan apa masih lagi sibuk keluar rumah,. Insyallah lepas ni akan kembali seperti biasa, bila selesai hoki untuk sekolah menengah nnt. Gambar semasa majlis penyampaian hadiah sebagai kenang2an buat anak2 akk n anak2 SKBB dari kamera akk ya, tak ada cilok2 dari mana2 pun :~















bersambung.....byk sangat gambar 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...