Saturday, May 12, 2012

TALAM NANGKA

Akhirnya talam nangka yang membuat hati akk ni tak senang duduk, masa ni guna setting baru , akk draf dulu n copy n paste dulu resipi, cadangnya nak draf dulu, tetiba je jadi macam terpublish pulak....huhu tak keruan juwa ragaku, mana taknya nangka pun belum belah lagi . Dan ini lah hasil talam nangka itu.


Assalamualikum buat semua dan salam 1 malaysia. Terkebetulan ada banyak stok nangka kat rumah ni, dan dah tak larat nak makan, lebih2 lagi mmg lama sangat dah berkenan ngan talam nangka yatie memories ni. 




minta izin ye yatie akk C n P untuk rujukan masa depan ya
TALAM NANGKA
Resipi : YATIE
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-Bahan
Lapisan bawah 

  • 1 cawan nangka- di cincang
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas - 
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.


p/s mohon maaf ter post lak n3 ni, sebenarnya nak save n draf je, baru je berangan nak buat, sebiji nangka tu belum di buka lagi huhuhu (18.4)


3 comments:

salam rosa..kalau diruah akak ni kadang tak sempat nak ditalamkan..nak dibuburkan pun tak sempat..seuanya suka makan nangka..mungkin sebab tak banyak kan..kalau beli kan sikit je
 
sedap talam nangka ni..kepala nmpk lembut jer tu..kalau kat umah ni ssh sket ngan tekak deme berdua tu..tak pasal2 mama ngan abah je tukang makan
 
salam..saya belum pernah makan lagi talam nangka ni..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...