Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, December 31, 2012

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH DAN BUTTER CREAM

N3 ke 2 pagi 31.12 kek coklat yg akk buat masa besday Amani hari tu 6.10.Tak sempat nak ambil gambar kek yg dah di potong, tak semua tamu sempat merasa kek ni, hanya anak2 kecil je dapat, sangat sedap bila di gandingkan dgn topping coklat dan butter cream tu.Sebenarnya kek ni akk dah banyak kali buat tapi tah di mana resepinya di buku ada lah resipinya. Memang sedap sanagt kek ni.
Akk C n P dari blog LINAPG, sekali ngan kaler  wall dia ikut  heheh..



RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
sharing : lina pg

Bahan-bahan:( lina pg gn sukatan cawan arcopal)
  • 100g Serbuk Koko*(1 cawan)
  • 200g Gula pasir*(1 cawan)
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*(1 cawan)
  • 250g Susu Pekat*(1 cawan)
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum (1 1/2 cawan)
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Note:
i) Versi bako - Lina pg bako suhu 160'C selama 1jam
ii) Versi Kukus - Kukus api sederhana 1 1/2jam




RESEPI BUTTER CREAM
sharing: lina pg

Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) Lina pg gn krim well
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) Lina pg gn 1 cawan gula icing

Cara-cara

  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

Mendeco versi keras tangan mcm tu lah hasilnya. Toping coklat tu akk hanya cairkan coklat masakan campur butter sikit dan sedikit susu segar/ cair, masak cara double boil. Gabungan cream n coklat sangat sedap

p/s n3 ke 2 dh selesai..

1 comments:

Sedapkan kek cekelet ni.Cntk lak bila boh BC kaler pink tu.Td dh mai xperasan ada n3 ni,maklumle rajin beno updt ari ni hihi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...