Thursday, December 6, 2012

NASI KARI AYAM

Assalamualaikum buat semua, dengan harapan semoga sihat sejahtera sentiasa. Nasi kari ayam ni dah lama akk buat ya, selepas linapg buat tayangan amal rumah dia, akk terus buat.Tetapi terlupa nak buat N3, pagi ni bila tgk gambar dok melayang2 kat pc, terus akk cari resipi dlm blog akk, rupa2nya belum ada N3 lagi. Memang rugi sangat lah kalo resipi nasi ini yg sangat sedap ini tidak dikongsi resipi kat blog ini kan. 

Nasi kari ayam ini tersangat lah sedapnya, sampaikan anak2 guna ayat power bodek mama dia, utk menyatakan betapa sedapnya nasi ini ` kenapa mama masak sedap sangat nasi ni' heheh, sejujurnya memang sedap sungguh nasi ni. Dah ramai yg mencuba suatu ketika dahulu. Terima kasih pada kak Nor secubit garam yg berkongsi resipi ini


NASI KARI AYAM 
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan:
3 cawan beras basmathi- rosaliza guna beras wangi siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak) - rosaliza x letak
garam

Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan. 

* Utk lebihan kuah kari tu, K.Nor panaskan balik dan masukkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih sekejap   dan bolehlah dipadamkan api.


Kaler pucat sikit mungkin sebab serbuk kari yg di gunakan kurang cili, apa2 pun memang sedap

9 comments:

Salam kak rosa ^^ sedap! tun pun suka resepi ibundo nih.. xjemu makan.
 
Sedap ni,mkn nasi gini pun dh cukup xyah lauk n eksesori lain dh
 
Menariklah resepi ni Rosa... Amie je yang ketinggalan keretapi!
 
tengok gambar pun dah tahu ksdapannya...
 
Salam perkenalan kak ros..
asz minat sgt nasi2 mcmnie...mmg best :))
 
terimakasih berkongsi resepi..
teliuq...
selera membayangkan nasi ni panas2..
 
Nampak sedapnya nasi ni....sis mmg suka berkari-kari ni.
 
Klu mkn ni mmg nambah2 la jwp mengisi nasi lam pinggan :)
 
salam kak... wah menarik nih! anak2 pasti suka... simpan resepi masuk poket.. hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...