Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, April 16, 2013

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum dan salam1 malaysia buat semua,tuan rumah sekarang ni sekejap ada sekejap tak ada,bukan apa selalu masak benda2 yang sama sebab tu gambar2 pun tak banyak. N3 kali ni pun yg dah lama, awal tahun lagi. Suka masak resipi ni sebabsangat simple tapi sedap

Nasi ni dh lama masak ya,

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resipi : Makyong@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 5 orang )


4 cawan beras basmati akk guna beras siam
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis
Cara-cara


1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

10 comments:

makan ngan apa nasi ujan panas ni?ada ribut petir sekali ke kak hihi?
Napok acar jer kat sebelah tu hehe
 
sedapnyaaaaa...
tak penah buat nasi minyak ujan panas lagi.. sbb tengok bahan cam banyak benor... tapi suka makan sbb sedap.. :D
 
Saya belum makan lagi..mmg sedap jer nnpk nasi minyak hujan panas tu..
Tetiba nasi goreng buat bekal tadi mcm tak sedap la plk...hati dah tertatik dgn nasi warna warni tu...
 
Salam kak ros.. mmg sesuai la nasi minyak ni dgn cuaca skrg.. kejap hujan, kejap panas..hihi
 
salam kak ros, peberet Liza ni kalau nasi2 berperisa cmni, diet pun ke laut...hihihi
 
MESTI LAGI BERSELERA DGN NASI KALER2 MCM TU.HEHE
 
sedapnya...
 
assalam liza..dah habis la nasinya ye..tak dapat la nak tumpang he he
 
sedap tu rosa... lama akak tak masak nasi berperisa sejak2 anak masuk asrama...
 
eh eh eh..sedap nampak hujan panas tu kak..sesuai dgn musim kan..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...