Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Saturday, April 20, 2013

TALAM GULA MELAKA

Assalam buat semua, talam gula melaka ni pun dah tersangat lama akk buat ya , cumahari gambar dr henpon tak boleh nak transfer, gambar2 yg elok sikit dlm  kamera dh lesap semuanya  huhuh. Resipi dah lama di simpan, nasib baik juga ada lagi gambar  dlm henpon

Gambar comot2 potong pun tak kemas

TALAM GULA MELAKA

Resipi : Citarasawan
          : Yatiememories
CnP   : Azlina@terminal hijrah
Kongsi bersama : embunrosaliza

  • 200gm gula merah
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 1/2 cwn air biasa
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur
Cara-cara
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan
  2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas
Lapisan Atas
  • 3 cwn santan pekat
  • 1 cwn tepung beras
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong

5 comments:

assalam kak rosa.Amboi rajinnya di pagi sabtu ada n3 pulak..
Sedap ni kuih org lama camni hihi..
Kalau tingin nk makan kena g pasar malam la beli 2ketoi sbb malas nk wat hihi
 
Salam k.syaza........sedapnye tgk talam ni.teringin nak makan tapi xde org jual.huhu mood malas plok nak buat.
 
assalam liza..akak ni makan kuih talam suka..tapi buat tak rajin he he
 
sedap....!!! suka makan tapi tak suka buat....hihihi..
 
salam rindu kakkkkk... :-)
Lama betul x menalam..kalo kat umah nih lambat skit kalo kuih talam ni rasanya. Mmg si pembuatnya je yg lebih2 mkn,lps tu yg makin montel,si pembuatnya jugak.hihi..jadi dicampur dgn angin x berapa rajin nk buat,mmg redha je beli kalo teringin nk mkn..redha tu sbb jrg jumpa yg sedap kalo org jual kat sini..sekian laporan kuih talam dr sy kak.haha
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...