Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 8, 2013

TERESAEK JANTUNG PISANG - MALAYSIAN FOOD FEST ( KELANTAN MONTH)

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua. Teresek jantung pisang yang sangat sedap tapi kesedapannya tidak boleh menandingi air tangan bonda. Selalu kalo kami adik beradik balik kampung mesti ngengada suruh bonda buat teresek jantung pisang. Selalunya teresek ni di campur dengan kacang panjang, dan kalo zaman akk kecil2 dulu di campur juga dengan batang keladi setawi ( sekarang ni pokok keladi ni pun dah tak ada pupus ditelan zaman )

Kali ini merajinkan diri meyertai kelantan food fest, bagi memeriahkan lagi , terima kasih pada Kak Nor Secubit Garam yg banyak membantu saya yg tak tau apa2 ni. Dan terima kasih juga buat penganjur MFF ni .GERT



TERESEK BONDAKU


Resipi : BOndaku
Kongsi : EmbunRosaliza

  • 1 biji jantung pisang - dihiris dan dicelur sekejap
  • 5 biji cili hijau / cili padi, untuk lebih pedas
  • 1/2 ekor ayam - di potong kecil ( biasa guna bahagian tulang , hati n pedal)
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • Sedikit kunyit hidup *
  • 6 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar holland - *
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar ketumbar biji - disagai dan ditumbuk halus
  • 5 tangkai cili kering*
  • 3 cawan santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • garam, nisan/gula  melaka, secukup rasa

Cara2 membuatnya

Blenderkan semua bahan2 yang bertanda *, sediakan kuali, masukkan ayam, bahan2 blender tadi, garam , nisan, asam keping,  dan di masak seketika, atau ayam separuh masak. Kemudian masukkan jantung pisang , guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau. masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering. Siapppp


Teresek ni ada yg suka sedikit berkuah dan ada juga yg suka kering2, bagi akk suka yg berkuah sikit. Entah jantung pisang apa yg akk guna ni,agak lebam sikit, sepatutnya cantik je jantung tu




Malaysian Food Fest (MFF) Kelantan Month



15 comments:

JANTUNG PISANG JENIS APA2 PUN BOLEH KE?SEMALAM SAYA CANTAS BUANG 2 BIJI JANTUNG PISANG MASA CUCI MINI KEBUN SAYA.HUHU SBB SAYA TAK TAHU NAK MASAK APA JANTUNG PISANG ITU...
 
Assalamualaikum Rosa,
banyak kali juga tengok resepi teresek jantung pisang ni... semakin direnung semakin teringin dah merasanya... tentu sedapkan Rosa!
 
sedapnyerr!!!!!!!!!!! dh lama sangat2 x makan jantung pisang. tun xpenah buat sendiri nih..
 
Assalam kak liza,sy 1st time denagr teresek nih kat blog kak nor,pastu nih tgk akk lak wat,ermm leh bayangkan kesedapan dia..sure sdp sgt..
 
sedapnya...
dah banyak kali tengok blogger2 buat teresek si jantung pisang ni.. tapi belum ada masa nak test wat pun.. :(
 
mekasih liza sudi join mff ni, jgn segan2 keluarkan lg menu2 kelantan yg best2 tu ya.. :)
 
teresek ni sama macam masakan apa ye liza..kalau tengok gambar tak boleh akak nak teka..sambal ke apa
 
Kakpb ada belajar buat terisek ni dgn MIL masa awal kawin dulu. Sedap tau...mula2 rasa mcm pelik tgk rupanya. Bila dah masuk ke mulut...perghh...sedap!
 
@Irfa

assalam irfa, ada juga jantung pisang yg tak boleh di guna contohnya pisang kapal,rasanya pahit
 
Sedap..dh lama xmkn teresek..klu blk kg sure srh mak bt..xpndai nk bt sndiri hehee
 
Thank you for your support on the MFF event. Looking forward to learn more about kelantan dishes from you.
 
Aslmkm Kak..lama x singgah..
sedap gilooss tu..haha
 
Saya suka teresek ..pernah jugak buat sekali tapi tak sedap macam yg mak buat..hihihi..Skrang ni kalau nak makan, suruh mak jer yg buat...
 
assalam..sy x suka mkn jantung pisang..even celur cicah sambal belacan pun x blh telan..apatah lg di masak pelbagai..hehe nape lah agaknya tekak sy ni ye??
 
sedapnya teresek..sedap yg bonda buat..hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...