Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 20, 2014

KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN

Assalamualikum buat semua, ketupat sotong menu masa bulan puasa duluuuuu. Sebenarnya resipi original ketupat ni menggunakan beras pulut yg belum di masak lagi. Tapi untuk memudahkan kerja, guna pulut yg di tanak lagi mudah dan pulut pun tak terburai. Lagi satu sotong yg di gunakan mestilah segar bugar, kalo guna yg dh di fros takut pulut keluar dan sotong pecah. Dah banyak kali buat ketupat sotong ni, bila di cari2 dlm blog sendiri tak keluar pulak resipi ketupat sotong ni. sebagai rujukan sendiri kena juga tepek resipi tradisi klate ni. : ~

Nasib baik ada juga snap gambar guna hp. Mcm ni lah rupa paras ketupat sotong kelantan, rasanya lemak manis berkrimmm. Kalo beli tersangat lah mahal. Menu ini sangat popular di bulan Ramadhan

KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2

10 ekor sotong segar  bersaiz sederhana ( bersihkan cabut kepala, gigi  dan tulangnya )
1 cawan santan sederhana pekat - separas sotong
11/2 keping nisan
Gula 2 ke 3 sudu besar
Sedikit garam
3 helai daun pandan
Lidi secukupnya

Untuk pulut
1 cawan pulut
1 cawan santan
Secubit garam

Cara2

  1. Masak pulut seperti biasa masak nasi biasa.
  2. Sejukkan sekejap pulut yg telah masak
  3. Ambil sedikit pulut dan masukkan kedalam sotong.
  4. Tutup pulut tadi dengan menggunakan kepala sotong , kemudian cucuk atau kemaskan dgn lidi, agar pulut tidak terkeluar semasa merebus nanti.
  5. Lapik dasar periuk dgn daun pandan, kemudian susun sotong.
  6. Pecah2kan nisan , masukan gula garam dan santan ke dalam periuk yg berisi sotong tadi. ( santan paras sotong )
  7. Masak dgn api sederhana, dan tutup periuk. Masaklah sehingga kuah pekat.
  8. Siap......sedia untuk dimakan
Simple je resipi, kalo nak merasa sila buat sendiri. Anak2 suka makan 

3 comments:

Cuma men'dejavu' rasa sutun ni hihii...xleh nak recall dah...rasa makan umah mek dolu.Jaman bila pun xingat
 
Linapg.....

Bonda kita meme tak pernah buat tupak sutun ni, akk pandai mkn pun dr umah mek jugop, adaptasi dari rasa dan eksperimen masa umah mek di adaptasi ke blog embun. Ok lah rasa boleh tahan. agak2 kat PV ada yg mkn tak
 
Cantik tupak sutunnya tu... oooo kalau guna beras tentu lama sikit nak masaknya ye Rosa, baru saya tahu boleh juga guna beras... ingatkan resepi asalnya guna pulut dah dimasak.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...