Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, October 14, 2014

PAU SAMBAL @ BEGER MALAYSIA

Assalamualikum buat semua, dan salam sejahtera, masih ada lagi gambar yg tersisa di hp, walaupun gambar yg lama dan berjaman buat ni tapi resipi belum letak lagi, sayang pulak kalo mensia2kan resipi yg sedap. Anak2 cukup suku pau sambal ni, cuma mamanya kurang kerajinan membuatnya. Selalu kalo ada lebihan sambal ikan bilis mesti nak buat roti puri, tapi bila tgk anak2 mkn bersungguh pau ni seronok juga buatnya




PAU SAMBAL @ BEGER MALAYSIA

resipi : http://www.tiffinbiru.com/2013/10/pau-sambal-mengimbau-kenangan.html
C n P : http://yatiememories.blogspot.co.uk/2013/11/pau-sambal.html
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar gula halus
  • 4 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 2 1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • 250 ml air suam
BAHAN INTI :-)

  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1 camca teh gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih2. Sementara itu masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada bebola sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang..


4 comments:

Akhirnya menjelma gak n3 kat blog embun ni hihii...beger mesia sebagai pembuka tirai hihi...jaman bila punya nk k.rosa hahaaaaa...(pagi2 gelakkan org....cabut)
 
Linapg

N3 ke 2 pagi ni heheh, jaman ritu lagi ni, td boleh tranfer gambar dr hp terus buat n3 , gambar kat kamera hilang kemana tah. Huurmmm gelak lah puas2 heheheh
 
sedapnya..kt sini xtau la kt mna nk cari yg sedap
 
Ezzyra,

Sambal sedap, sedap lah pau ni dik
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...