Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 17, 2014

ROTI SARANG LEBAH @ BEE HIVES BUN DAN SOS BUTTERSCTOCH PALING SEDAP

Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua, harap2 sihat sejahtera lah hendaknya. Roti yang sangat popular di FB hasil air tangan teman fb lydia honey yg berada di Kuwait. Raman teman2 fb dah mencuba, saya pun tak ketinggalan juga. Tersangat sedap roti ni di gandingkan bersama sos buttersctoch. Dah 3 ke 4 kali dh buat roti ni, cuma masa tu pc lembab sangat tak boleh nak buat n3, rasanya ini kali pertama cubaan.

Jom tengok resepi saya c n p dari rumah linapg. N3 edisi terlewat sokmo di blog Embun, terlewat pun tak apa kan janji ada resepi dan berekperimen sdn bhd



RESEPI ROTI SARANG LEBAH.
By : LiNa Pg
Sumber : Lydia Honey (fb)
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

BAHAN UNTUK DOH ROTI


  • 2 cawan tepung gandum
  • ½  sudu teh dry yeast
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • ½  cawan air suam 
  • Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch (jika suka)


CARA PENYEDIAAN:


  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan  garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT : cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  5. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON
  6. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes (jika suka) dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  10. Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.Setting 180-200C api atas bawah (ikut oven suhu oven masing2)
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  13. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-


  • Doh memang lembik.Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
  • No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
  • Make sure oven benar2  panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


RESEPI BUTTERSCOTCH SOS

Bahan-Bahan:


  • ½  cawan brown sugar bukan gula merah ok
  • ½ cawan whipping cream(boleh ganti dengan susu cair)
  • Sedikit garam
  • ½ st  vanilla essence
  • 25g butter

Cara Penyediaan


  1. Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream (atau susu cair) perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.



5 comments:

Hahaaa...ni sapa yg copy rcp sapa ni...Bukan k.rosa yg buat dulu ke kikii..
Apa pun memang sedap roti sarang lebah ni
 
Linapg

keekek meme akk yg buat dulu dh tak letak resipi, kat fb akk buat dulu, kat blog jd tmk lah buat dulu heheh. Tersangat lah sedap roti ni. Roti yg bawah tu dh hari lain buatnya heheh
 
Assalam kak rosa,
Wah...memang menyengatkan roti sarang lebah ni..dah jadi satu fenomena lah gitu..heheh...;)
 
Saya jugak yang ketinggalan keretapi.... huhuuu bab meroti ni memang lembap sikit jejariku nak gerak! Takut bantat!
 
salam rindu liza..lama kita x mai sini..pekabo? roti beehives ni nmpak gaya kita lg keinggalan sbb resipi dh berkurun tersimpan xtau bila nk buatnye..hehee!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...