Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Saturday, August 19, 2017

APAM BAKAR, TEPUNG APAM KELANTAN

Assalam dan selamat pagi buat semua. Sebelum goreng mee, kita sarapan dulu dgn tepung apam resepi arwah bonda, simple dan sedap. Linapg terr buat la simple je resepi bonda. Dia jamin anak2 suka, sbb x rasa dan bau bawang bagai

 Dapat 6 biji, 3 besar dan 3 size comelll



Resipi Apam Bakar / Tepung Apam Kelantan

Resipi : Arwah Bonda Rubiah Deraman
Olahan : Rosaliza embunrosaliza

TEPUNG APAM KELANTAN

Bahan2

1 cawan tepung beras ( tambah sikit ji
ka adunan cair )
3/4 cawan air
10 biji lada hitam di tumbuk halus. ( lupa letak )
3 ketul tapai ubi yang kecil - kalo besar memadai 1 ketul sahaja. ( Ganti dgn Tapai Pulut, 4 bungkus kecil)
( boleh juga di ganti dengan pisang )  - di lecek halus
1 sudu teh yis mauripan ( guna yis saf )
1/2 sudu teh garam . Garam letakasa adunan dh berbuih )
 1 - 2 sudu besar gula
Kelapa parut + garam secukupnya


CARA  - CARA MEMBUATNYA


Satukan kesemua bahan2 diatas, kemudian biarkan selama 1 jam, Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak, masukkan 2 sudu bancuhan tadi. Tutup kuali, apa bila hampir masak terbalikkan, kemudian angkat. ( akk  dapat 5 biji ) . Guna api yang perlahan.

Nota kaki : tutup nonstick pan, baru apam cepat masak.

Sedap mkn dgn kelapa parut masin2 sikit.

Adunan berbuih mcm ni baru tambah garam.


1 comments:

Alahai sedapnya tepung apam ni.Hati meronta2 nk try tp tapai pun dah abes..kena cuba nasib cari kat pasar malam kot ada yg jual...nampak gaya kena buat siket jer..bebdudak kureng siket kuih2 old skool gini..abah ngn mamam jerlah tukang makan (yg kompom abah la kena paksa)hahaaaa
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...