Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 7, 2024

KEK PISANG PALING SENANG

mula2 sebiji. Untuk buat makan2 yassin dan tahlil blok kami esok semperna sambut Ramadhan
Ada lbihan pisang 6 biji lg, guna juga 

 Assalamualaikum dan selamat malam buat semua. Sebelum terlupa resipi kek pisang yg paling mudah ini. Ala² buat cekodok je resipinya. 

Saya guna Cawan Acopal Biasa je ni. Alhamdulillah setakat buat x pernah x jadi lg. Elok je kejadiannya. Ada peminat setia kek pisang ni. 


KEK PISANG ALA2 CEKODOK

BY : EMBUNROSALIZA AKA SYAZALIZA

Bahan²

7 ke 8 biji Pisang Kapas @ apa² pisang yg sesuai utk Cekodok

1 cawan Gula

1 Cawan Minyak masak

1 sudu Teh Soda bikabonat

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh Garam

1 Sudu Teh esen vanilla

2 biji telor AA kalau kecil guna 3 biji

2 Cawan tpg Gandum

CARA2

1. Lenyek pisang guna cawan

2. Kemdian masukan gula kacau²

3. Masukkan Gula, garam, soda bikabonat, baking powder, dan esen vanila. Gaul sebati

4. Masukan telor dan minyak msk, kacau²

5. Masukkan 2 cawan tepung gandum. 

6. Bakar 30  minit. Bergantung pd oven masing. Saya punya cukup 30 minit dh cukup msk dh.

Siapppp. Selamat mencuba


Yg ni buat masa 1.3.2024 bawa bekal blk kg sikit

Yg tengah tu mcm terlebih pisang, tp ada pengemar bahagian tengah tu. Mama suka bahagian tepi2 yg garing

2 comments:

pisang banyak barulah sedap.. senang betul tu gaul² je tak payah blend apa bagai
 
Baru keluar komen 😀😀, jakun IT dh sekarang ni. X pandai dh lama xgodek², tau buat n3, bila ubah sikit dh x tau nk betulkan semula. TQ ya
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...