Salama semua....kali ini aku nak tunjukan satu lagi makanan yang terkenal di kelantan selaian dari akok dan dodol kelantan. Ini adalah gelembung boya...yang di perbuat dari kelapa muda. tepung pulut, gula, daun pandan dan bunga cengkih..mengikut apa yang tertera di pembalutnya..aku tak tahu pula bagaimana dia dibuat..agaknya macam dodol jugak lah rasanya..dikacau begitu. Kawasan yang paling terkenal dengan dodol dan gelembung boya ni sekitar kampung laut, palekbang dan tumpat. kawasan lain pun ada juga tapi tak berapa banyak. rasa gelembung boya ini..sudah tentunya manis..tapi tidak terlalu manis...kalau dulu2 memang manis sangat, tapi sekarang gula dah mahal..hehheeh orang kurang kan sikit gula..lagi satu untuk kesihatan juga. jom tgk pic : ~
1 peket ni RM 4.00
ini rupa yang sudah di potong
Lepas makan gelembung boya ni kena minum air kosong ya.......selamat berhujung minggu..dan buat anak2 sekelian selamat menempuh alam persekolahan esok...semoga menjadi pelajar yang cemerlang..
12 comments:
Dulu selalu makn kuih ni masa KPLI Kuala Terengganu.. tapi susah sangat nak jumpa kuih ni kat tempat2 lain..
Peliklah Kak LIza.. kenapa namanya Gelembung Boya ek, macam takde rupa buaya pun :-)
tapi tak pa...pas ni blk kg lg borong byk2...bestnya cuti2 1 malaysia...bila pulak blk kg
Akak rasa kan knapa nama dia gelembung boya tu...kerana..mengerutu mcm boya..tak mcm dodol tu licin n mulus je
Post a Comment