Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 29, 2010

LAKSA SARAWAK

Salam di tegah hari jumaat buat semua. Hari ini akk paksa anak2 n abe makan awal sikit..biasanya lepas solat jumaat baru kami makan. Tapi memandangkan masakan hari ini adalah kali pertama akk mencuba..jadi tak sabar rasanya nak merasa laksa sarawak ini. Sudah lama rasanya akk nak merasa laksa ini..bukan mengidam tau..cuma tak pernah lagi merasa. Terima kasih banyak2 buat HASUE kerana menghadiahkan akk pes laksa sarawak yang original, tq sue. Meleleh juga la hidung akk ni...Anak2 semua boleh makan..tapi masing2 air dok tepi heheheh. OOO begini rasanya, pedas2 berempah rupanya..bila letak limau kasturi rasa masam2 sikit..best juga lah. Meh la makan laksa sarawak buatan KL :~

 
siap di kuahi..tapi letak sikit je dulu kuahnya

 
semangkuk bee hon bukan laksa ya

 
sebahagian dari lauk pauknya

 
sebelum di kuahi hehehe
Sue minta izin C n P resepi istemewa ini ya..untuk rujukan masa hadapan akk ya..ada lagi sebungkus pes tu



Bahan2 untuk Kuah:
  • 1 peket pes laksa sarawak(600g)
  • 2 liter air
  • 500ml santan dari sebiji kelapa >sue guna santan kotak+air
  • 1 mangkuk udang tanpa kulit (boleh letak byk ikut suka )
  • 1 sudu teh garam * dan sedikit ajinomoto(tak letak takpe kot)
  • 1/2 sudu teh gula*(*agak2 jer nih...lupa lak simpan banyak mana)
Cara2 menyediakan kuah laksa:
  1. Panaskan 2 liter air dan masukkan pes laksa sarawak dan didihkan selama setengah jam-45 minit.
  2. Tapiskan rempah laksa yang sudah dimasak tadi
  3. Kuah laksa yang sudah ditapis dimasak kembali,masukkan sebahagian udang basah(selebihnya dicelur)dan tambahkan santan dan bahan2 perasa
  4. Biarkan renih seketika dan sebatikan rasa..kalau nak cairkan sedikit kuah boleh tambahkan sedikit lagi air...
  5. Apabila sudah sebati padamkan api...kuah sedia untuk digunakan...(panaskan sebelum diceduk ke dalam mangkuk)
Bahan2 Laksa(boleh letak ikut suka):
  • 1 Peket Bihun-rendam sehingga lembut dan toskan-kalau x tahu camner leh tengok SINI(klik)
  • Isi ayam goreng-(ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit,dicarik2)
  • Cendawan hitam*
  • Udang*
  • Taugeh*(jika suka) > sue tak letak
  • Telur rebus
  • Telur dadar(telur goreng bersama sedikit garam dan dipotong2)
  • [Bahan2 bertanda * dicelur/di rebus sekejap]
Bahan Sambal:
  • Belacan
  • Cili padi
  • Jus limau kasturi
  • Garam dan secubit ajinomoto
Cara menyediakan sambal:-
>Campurkan semua bahan dan kisar atau lecekkan sahaja pun

OK semua selamat menjamu selera ya.

P/s anak2 tanya sup ke apa mama msk ....akk ckp laksa sarawak..tapi kenapa bee hon bukan laksa pun heheheh, maklum la tak pernah makan....habis setengah bungkus utk tgh hari ini.

4 comments:

Salam Akak,
Amboiii..mentang² stok stoberi banyak, main tenggek² je yaaa buat kite jelessss...

Laksa Sarawak ngan Mee Kolok len kan...?
 
Salam kak..

hehe... cantiknya strawberry tu... penambah perisa laksa Sarawah ek.. :)
 
salam nenie...selagi buahnya tak abis nenie..tayang jugak...ada yg frozen je 2 peket heheheh..akk rasa lain la ngan mee kolok tu. itu pun akk belum pernah mkn lg..tq ya nenie
 
salam nida...hiasan semata tu...tak ada kena mengena ngan laksa pun heheheh...suka akk nida rajin singgah umah akk
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...