Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 23, 2010

KUIH BADAK

Salam dan selamat petang....jangan di ukur pada namanya yang tak berapa senonoh tu, tapi rasanya yang lembut2 dan sedap jadi ukuran. Kalau kat kampung akk kuih ni di panggil kuih badak, tapi kalo kat KL ni ada juga org jual cuma bentuknya yang lain iaitu leper n bujur sikit...namanya akk tak pasti pulak. Kuih ni sebenarnya bersira gula, tapi akk tak nak manis2 sangat jadi akk letakkan sedikit gula dalam adunan tu. Bentuknya memang macam ni , macam donut.......anak2 akk panggil kuih donet heheheh.Kuih ni kalau guna tepung pulut hitam lagi sedap.....

Inilah rupa bentuk kuih badak.....masa buat hari tu akk tak sukat bahan2nya, sekadar untuk pengetahuan bahan2 asas boleh la akk kongsikan disini.

~tepung pulut
~kelapa parut
~sedikit garam
~sedikit tepung gandum
~sedikit air
~minyak untuk menggoreng

Uli kesemua bahan2 diatas ( kecuali minyak masak ) hingga tidak melekat ditangan...kemudian bentuk lah sesuka hati..akk dah biasa bentuk mcm donut. Kemudian goreng hingga kekuning2an. ( Kadangakala  kuih ni meletup..kdg2 tu ok je...puncanya akk tak pasti apa yang kurang ) .Selepas itu boleh lah disira

* gula secukupnya untuk menyira

6 comments:

Salam kak rosa,
Nk kuih badak 3 bijik.. Lps ni buat la kuih badak yg kaler gelap tu.
 
akak,nak kuih badak singgit;)
 
ros..akak dah terbayangkan kuih badak yang ada serunding kelapa dalamnya..salah la pulak..akak tak tau pun kuih ni namanya huih badak
 
Salam Adry..tepung pulut hitam susah dapat kat sini..kalo ada boleh juga buat yang hitam tu...lagi sedap, mana ek org beli tepung pulut hitam tu
 
Salam Dya...singgit dpt 5 ketui..akk juai murah2 je hehehe
 
Salam Kak erna....yang tu cucur badak kut heheheh...yang ni org kl pun ada buat juga tapi bentuk leper sikit...emmm sedapnya kuih badak ni kak
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...