Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 23, 2010

APAM BERAS

Salam ceria buat semua semoga sihat2 sentiasa...apam ni akk buat semalam tapi tak sempat n3kan coz buat pagi kena perap dulu 3 jam..dpt mkn dalam kul 1pm gitu....Resepi ni akk ambil dari Myresepi, resepi kepunyaan Cha, terima kasih buat mereka yang berkongsi resepi ni.


Buat dalam bekas kecil gini anak2 makan..lagi pun kena paksa habiskan ekeke, anak2 akk ni mcm2 ada yang suka  dan sebaliknya..mcm Baby Adawiyah ni suka yang kaler pink je..kaler lain tak best katanya..ada ka

Selebihnya akk kukus dalam loyang.....akk buat setengah adunan je dapat banyak juga lah....best lembut n gebu je...lagi pun bahan2 semua ada kat umah ni. Semalam kelapa tak ada ...makan gitu pun sedap

APAM BERAS   ~     RESEPI CHA COPY N PASTE DARI MYRESEPI

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 
akk tambah sedikit ovellete

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 
Ok semua selamat bersarapan

    8 comments:

    Salam kak..rajin lak akak mengapam..sue nyer pengukus kembali bertapa dalam gobok..bila ntah nak kuar tuh..hihi..mintak kaler ijau seketui..kaler pink dah abis dek dak kecik tuh kan..hehe..
    baby amani mana kak?lama x tgk dier..mesti makin bam2 kan!
     
    Salam Sue...tuan acuan dah datang....bukannya rajin mana sue...cuma rasa dh lama tak kukus mengukus ni heheh.akk buat setengah adunan je..ngan2 je lah habis heeheh. Amani meragam lak semalam tak mo tidur dok nangis je..ppnya makin bam2 dah eheheTq ya sue
     
    AKAK..sihat ke tu? haii boleh tambah lagi la list resepi apam ni...pantang kalau ada yg cakap lembut sedap nih..mesti nak cube jugak kan
     
    Salam Izah..akk dah sihat dah ni..apam ni mmg lembut n gebusss...boleh la kalo nak cuba bahan2 pun senang je tu..tq ya izah
     
    salam rosaliza..akak dah cuba juga ni.memang sedap..
    akak pun sama macam izah..pantang ada yang kata lembut,gebu..mesti nak cuba..
     
    Salam kak..mmg gebusss apam ni..kalo ada masa boleh lah akk cuba..tq ya kak
     
    salam , nak tanya adunan dia akan naik/ mengembang ke? saya buat tapi x kembang mungkin yis lama kot
     
    salam wan zurini...adunan ni mmg kembang, akk rasa mungkin yis lama kut.dh cuba ke
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...