Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 29, 2010

KUIH PUTERI AYU



Salam ceria buat semua...pagi ni akk buat kuih puteri ayu, macam pakat2 pulak ngan HANA JEPUN nuuuu, tengok umah dia pun ada juga kuih ni, resepi pun sama. Sebenarnya akk memang dah lama nak mencuba resepi ni, acuan pun dah lama sangat beli, bahan2 pun semua ada. Bila akk tunjuk gambar kuih ni kat MYRESEPI tu anak2 kata tak suka, y tak sedap kata mereka, ada tak suka kelapa, yang tu pulak kata tak sedap huhuhuhu. Itu yang membuat akk tangguh dulu projek kuih ni.

Tapi hari ni akk nekad juga buat kuih ni setengah adunan, banyak juga dapatnya, cadangnya akk boleh makan sampai petang , maklum la makan berdua aje. Siap je akk kukus , terus akk hidangkan panas2.....aikkkkk tgk2 dah licin...sedapla mama masak kihkihkih. Tu la akk  kata belum cuba belum tahu lagi..ni bila dah rasa sedap tu siap minta suruh buat lagi.

memang sedap, gebu je kuih puteri ayu ni. Sebelum ni akk dok tengok je kat myr , akk suka sangat kuih ni
Percubaan yang pertama..memang sedap n menjadi kalo betul2 ikut resepi

untuk resepinya...c n p dari Myresepi, resepi Mama kastam Tioman
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara

  1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit. 








Gambar blur....snap pic masa panas2 lagi..wap tengah membebaskan diri

10 comments:

haah la kan kak... kite nih adyik ter'accident' jerk! gimme five kak! kekeke...... *tubit2 amani yg bam bam..
 
Salam kak rosa,
Ni nama br kuih ni ke? Rasanya ada namanya yg lbh tradisional tp lupa la pulak. Elok kalau buh nama Kuih puteri Amani..hehe..
 
Wahhhh kuih puteri ayu is here too! Mintakkkk ;)
 
hohohoo~~~mmg ayu lah,,

dapnyaaaaa....

hakhakhak
 
Saalm Hana....tereksiden masak ok kan...lagi pun resepinya simple, muahhhh juga utk Darwish,makin gantang gitu
 
Salam Adry@Daun...tu lah akk rajin buat kuih puteri ayu ni, dh dktnya nama puteri amani kekek, erasanya kuih seri ayu kut nama lain dia
 
Hai love...sedap kuih ni, kuih tradisi lah katakan...dah abis pun love
 
Salam Budak Nakal....kuih akk ni tak berapa ayu, tapi rasanya sedap , lembut n gebusss je..tq ya
 
laa, nama kuih ni kuih puteri ayu. miza selalu makan kuih ni tapi tktau apa nama dia. hehe

comel. sedap kan kuih ni tambah perisa pandan tu. sedapppp!
 
Salam Miza....mmg sedapkan miza kuih ni..dulu akk tau mkn n beli je, la ni ada resepi boleh la cuba...tq miza
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...