Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera, baru2 ni akk buat spagheti cabonara, ada yang suka ada yang kata lagi sedap yang merah tu, huhu macam2 kerenah anak2ku ini, tapi habis juga lah yang akk buat tu. Bagi akk layan sekali sekala memang bestlah lemak berkrim rasanya.
SPAGHETI CABONARA
resepi : bellmikenzo@myresipi
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 Paket Pasta
2 Tin Cabonara Prego - akk guna setin je
1 Labu Bawang Besar Bombay ( Potong Dadu )
4 Ulas Bawang Putih ( Potong Dadu )
2 Kotak Kecil Susu Penuh Krim - akk guna kotak besar
Butter Untuk Menumis
Cendawan Butang ( Dihiris Nipis )
Udang & Sotong ( Ikut suka nak letak berapa banyak...nak letak seafood lain or daging cincang pun boleh ) - akk letak udang n sotong je
Bahan Perasa Secukup Rasa- akk letak kiub
Akk tambah 2 sudu besar tepung jagung
Cheese & Parsley Flakes untuk ditabur di atas spaghetti selepas masak
Cara-cara
1. Rebus spaghetti hingga lembut,masukkan secubit garam dan minyak sedikit,ketepikan.
2. Panaskan kuali,masukkan butter dan tunggu hingga cair
3. Masukkan bawang besar & bawang putih,masak hingga bawang layu dan mengeluarkan bau harum
4. Masukkan pula udang dan sotong,masak sehingga air sotong kering sedikit,selepas itu masukkan pula cendawan butang
5. Setelah itu,masukkan Prego Cabonara Sauce kedalam kuali dan terus tuangkan susu penuh krim,jika anda beli susu dalam kotak besar,sukat susu didalam tin Prego tadi,1 tin prego bersamaan dengan 1 tin susu ( yang telah disukat menggunakan tin Prego tadi...paham x??) XD
6. Kacau hingga sebati dan pekat,jika x nak pekat boleh tambah air sedikit,masukkan juga bahan perasa
7. Boleh lar dihidangkan dan tabur cheese & parsley flakes diatas spaghetti tadi jika suka...selamat mencuba .
Thursday, January 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
nampak berkrim sangat spageti tu...pagi tadi kite pun sarapan spageti gak..
Errrrrrr..kena merajinkan diri ni kalau nak makan.....
Mama teringin nk mkn yg carbonara pun terpaksa telan ayaq liuq jelah huhu
Post a Comment