Selamat tengah hari dan salam ceria buat semua, panas berbahang rasanya tengah hari begini. Ok lah cerita pasal terung masak sambal ni, sebenarnya dulu2 akk selalu sangat buat terung begini, bila tebgok kat laporan myresipi ada juga 2 kali akk hantar reportnya dalam tahun 2009, yg tak hantar report pun banyak juga. Bila teringat kat terung sambal ni macam rindu je nak cium bau kat tangan tu, lagi pula dak Aqil suka ngan sayur terung sambal begini. Terima kasih buat Hasue yang berjongsi resipi ni, dimana kamuuuu Sue, lamaaaa sudah tak n3.
TERUNG MASAK SAMBAL
Resipi : Hasue@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2-3 Terung panjang
1 tangkai cili merah(ikut selera nak tmbh cili api)*
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
segenggam udang kering*
1 sudu belacan*
Perasa-Garam,pak aji dan gula secukupnya
Limau Kasturi-Ketika menghidang
Cara-cara
1. Terung dikupas belang2,dipotong 2 dan belah agak nipis seperti dalam gambar
2. Bahan2 bertanda*ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bhn kering. Ini rupa terung yg sudah siap dipotong
3. Panaskan dalam 1/3 cawan minyak..tumis bahan yg ditumbuk/dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan terung dan kacau goreng seketika sehingga bahaan2 sekata.Kecilkan sedikit api..
4. Apabila terung sudah kelihatan kecut dan mula masak,baru tambahkan air sehingga melebihi paras terung.Tutup periuk dan tunggu sehingga terung benar2 masak dan lembut. Perasakan dengan bahan2 perasa..
5. Apabila terung sudah lembut,(sila tambah air jika masih belum lembut ye)..sebatikan semua rasa dan tutup api.Pastikan tidak terlalu banyak kuah untuk rasa sambal lebih.
6. Cara hidangan..Perahkan limau kasturi di atas terung yg sudah dicedok ke dalam pinggan makan.. SELAMAT MENCUBA! ^_^
suka sangat masak sampai leburrr sebegini, tak terasa keterungannya. Lagi pula terung akk akk buat ni tak ada biji, mmg nyaman je telan tanpa was - was pada biji2nya
Tuesday, January 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Menu mcm ni antara yg Mahsuri suka buat tp lbh kering berbanding yg akak masak ni.
Ada lebih tak???? Nak sikit...
Naz suka terung. Masaklah apa pun.. Nyumm..nyum..
Post a Comment