Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 8, 2013

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE



Assalamualaikum buaty semua, kek baldu merah seperna hari lahir anaknda ariff isqandar 27.12.12 lagi. Lamabetulbercuti dari blogging, rindu yg teramat dlm blog sendiri dan blog kengkawan semua. Harap2 semuanya sihat walafiat lah ya. Sebenarnya hari tu masalah pc yg koma, pas tu semua gambar yg belum di simpan dh hilang taksempat di selamatkan,kerana akk simpan dlm my picture huhu. 

Tadi masa borak2 ngan Linapg dia tanya nape tak  amik dari fb,....ohhhh terlupa pulak. Syang juga kalo kek yg jarang2 buat tak ada gambar,resipi dh lama drfnya

Nasib baik ada juga si along amik n letak dlm fb dia. Tak ni mmg takcomey pun rasanya menten sedap , gabungan cheese tu yg tambag kesedapannya. Sebenarnya kali kedua dh buat kek ni, kek yg pertama hari tu buat kek cawan. Sebab tu seburuk2 mana pun kek ku ini nak juga tepek kat sini




RESEPI RED VELVET CAKE


CnP : Nadz COSK 
Rujukan lain : Irma , Kak Ita Masam ManisHana Memories,  kak Nor , Anna
sharing : lina pg

Kongsi Bersama : Embunrosaliza

Bahan-bahan Kek :
2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*(lina pg gn SRF)
1/2 tsp garam*
2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
1/2 cawan (113 gm) butter
1 1/2 cawan (300 gm) (lina pg gn 1 cwn gula kastor)
2 biji telur gred A - ER guna 3 biji telur A
1 tsp asen vanilla
1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
2 Tbsp cecair pewarna merah 
1 tsp white distilled vinegar (lina pg gn jus lemon) ER guna cuka Delima
1 tsp baking soda - Soda bikabonat

Cara-cara :
1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :

1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
1 tsp asen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (lina pg kotak kecil 200ml)

Cara-cara :
1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

7 comments:

Akhirnya mencul gak RVC kat blog embun ni..rasanya along ada snap yg potong punya lah..cer tengok kat gambar dia...sayanglah kalau buat penat2 tak abadikan rcp kat blog untuk rujukan sndri...
Rupa paras belakang citer la..janji sedap kat tekak sndiri..
Kek kami pun dah tinggal setengah..
 
Sedapnya...Adda nak buat pun asyik malas jer...huhuuh
 
tak dinafikan RVC memang sedap kan Rosa... kalau ikutkan hati boleh habis 1/2 loyang kita makan he he ehhh.
 
RVC memang enak banget...gue nak jugak la
 
assalam liza..dah buat ye..akak belum pernah cuba lagi ni
 
assalam,

salam uhkuwah dan salam kenal dari bunda
 
suka gak cuba, tp sellau je tak berapa jd
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...