RESEPI KEK BUAH
Rujukan : Hana , Chaya SheilaSumber : lina pg
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)350g gula pasir - hampir 2 Cwn Metrik
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum* - 31/2 Cwn metrik
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).
Agak kering sikit sbb kukus tak cukup masa, insyallah lepas ni akan buat lagi, sedap sangat. Gambar je tah apa2 kelabu je
8 comments:
Rasa cam nk wat lagi..tp takut anak2 dah tak mo makan sebab asyik ulang kek sama jer haha..
sedapnya saya pun dah lama tak buat
Kek buah ni lagi..hishhhh...bila pula la Nadz nak publish kek buah ni. Buatnya dah berkali2 tapi cepat sangat habis masuk mulut ni. Tak sempat2 amik gambar pun..hehehee.. Tp mmg sedap kan kak. Moist sgt wpun baru je lepas kukus. Tak yah tunggu 2 3 hari. Sblm tau resepi, Nadz selalu buat resepi kek buah kukus dari blog Diana(resepi pilihan diana). Yg tu pun best jugak..
cantik kejadiannyer kak.... mmula pas kukus mmg agak kering... tp lepas dua tiga ari ia akan lembab dan bertambah2 sedappp... ada lg tak kak? nak ngendeng.. hehehehehe
Post a Comment