Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 19, 2013

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR @MELAKA 2

Selepas tiga hari di Melaka, kami balik KL kerana my abe kerja Khamis dan Jumaat, malam rabu kami blk KL, bukan jauh mana pun Melaka dgn KL ni tak sampai 2 jam je, tol pun RM16.50 dari ayer Keroh.

Pada pagi Sabtu kami ke Melaka lagi, bertolak dari KL kul 6am,kerana perlawan hoki kul 9am. Selesai je games tu kami jalan2 lagi sambil nak menunggu  majlis penutupan Hoki yg dijangka kul 4.30 PM. Jalan2 sampai sakit kaki ronda bandar Melaka, rupanya banyak lagi tempat2 yg kali belumpernah sampai di Melaka ni.





 Makam Hang Jebat, masa kami  masuk tu terkejut dan jantung pun dupdap2x tak sangka pula ada org, rupanya ada org yg jaga makam Hang Jebat ni
 Pantai Klebang
 Main layang2 kat sini, pas main jln2 di tepi pantai, hurmmm malang tak berbau, sampai lutut si along jerlus dlm pasir@ selut busuk huhu

Tak sangka pula tepi macam ni pun jerlus juga, habis seluar dia, nasib baik akk ada bawa kain pelikat utk solat, pkai la dia kain pelikat sebelum beli seluar kat Tesco, kalo tak tunggu dlm keta lah dia heheh.

Sekian jalan2 di Melaka.Banyak kenangan Manis masa kami kesini. Sebelum sampai ke Makam Hang Jebat tu, bila tanya pada org dekat2 dgn masjid jalan terus, belok sana, belok sini huhu. Rezeki kami anak beranak tengah2 mencari tu tetiba ada org panggil dan tanya nak kemana, kami cakap lah nak cari makam Hang Jebat, Pakcik tubagitau lah dgn panjang lebar, sebelum pergi dia bagi kan kami nasi minyak 8 bungkus termasuk air, alhamdulillah rezeki yg tak di sangka. Tu lah kami cari pantai untuk santapan nasi free. Terima kasih buat semua warga Melaka, sangat2 ramah org Melaka yg kami jumpa, jumpa je mesti tanya dari mana ? .

5 comments:

Betsnye..rindu Melaka...
 
wahh.. seronok berjalan.. tun jarang2 ke melaka. aritu singgah before balik segamat, tu pun gi shopping je. hihi
 
Melaka mmg bandar paling best bercuti. Kita org pun suka cuma bndr dia selalu sesak time cuti.
 
Alang-alang dah sampai melaka..cuti2 mesia sekali la kan..
Rezeki tu kak, mana ada org nk bg nasi bungkus sampai 8 bungkus camtu..
 
memang seronok dapat jenjalan ke melaka nisebb byk tempat yg menarik utk dilawati..musim cuti lepas pun kami nak jg kesana lagi w/p dah byk kali jenjalan kesana..tp kami decided ke zoo negara je memandangkan ank2 x pernah kesana..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...