Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 26, 2020

TAPAI PULUT

Assalamualikum semua. Hari ini hari raya ke 3 buat kita, raya pkpb.
Kali ni buat tapai sendiri, selalu tolong MIL bungkus je.
Alhamdulillah menjadi dgn jayanya bila tapai ni manis leting. Saya buat ptg jumaat 22.5.2020 pukul 6pm mula bungkus, pulut awal pagi pg kukus, byk pula keja nk buat hari jumaat tu, ada org tempah nasi utk sedekah pd jiran2.
Jomm semak resipi. Resipi kena simpan sebagai rujukan di masa hadapan

 Yg  ni buat hari sabtu, masuk dlm bekas2 je sbb daun pisang dh habis

 Tapai yg dh masak dan telah di sejukkan dlm peti ais, sedap mkn sejuk2
Elok je kejadian tapai

TAPAI PULUT
RESIPI: EMBUNROSALIZA @ SYAZALIZA

BAHAN2
1kg Beras Pulut di rendam
2 cawan arcopal Air tapis atau air masak
1  biji ragi sebesar syiling 20sen
Daun pisang secukupnya
Staple atau lidi

CARA2
1. Didih air, kemudian kukus pulut sehingga masak atau naik wap
2. Angkat dan keluarkan pulut, masukkan ke dlm besen.
3. Ambil 2 cawan air tapis masukkan kedlm pulut.
4. Gaul2kan sehingga air meresap ke dlm pulut.
5. Kukus blk pulut lebih kurang 20 minit atau sehingga pulut nampak jernih.
6. Sejukkan pulut.
7. Di dalam bekas yg lebar, rosaliza guna talam atau nekar besar, sejukkan pulut sehingga memenuhi rungan dulang besar tersebut.
8. Ambil ragi dan penapis teh, tenyeh2kan ragi bagi sekata dan kena pada semua bahagian pulut. Guna sebelah ragi sahaja.
9. Kemudian terbalikkan pulut pada bahagian bawah pula ke atas. Hancur2kan ragi biar kena sekata pada bahagian pulut.
10. Apabila habis ragi  gaul2 sebati pulut agar ragi tadi rata.
11. Siap sedia utk di  bungkus
12. Gunakan sudu utk mengambil pulut
13. Bungkus sehingga siap
14. Apabila siap masukkan tapai kedlm bekas, saya guna periuk. Alaskan dasar dgn lebihan daun pisang.
15. Bahagian atas pun letak lebihan daun pisang.
16. Tutup bekas dgn kain, rosaliza guna kain batik.
17. Tunggu 2 hari atau sehingga tapai masak.

Rosaliza buat hari jumaat 6 petang, siap bungkus pukul 7pm. Lps tu baru peram. Pagi Ahad dlm pukul 9 tapai dah boleh di mkn, masak dan manis. Syukur alhamdulillah

3 comments:

Saya memang suka sangat makan tapai pulut. Pernah sekali makan tak berhenti sampai suami tegur. Akhirnya pening-pening lalat heheheheee....
 
Tapai yg x tahan tu manis yg amat, tp mkn juga lps satu2 mkn hheheh.
 

ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...