Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 25, 2021

Kek Coklat Indulgence

 Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Semlm 24.6.2021 merupakan hari jadi Eqa, atas permintaannya x nak Kek Red Velvet, nak Kek Coklat Indulgence katanya. Mama is pening, last buat kalau x silap tahun 2014 masa besday dia juga. Lps tu mcm ada buat sekali lg, tp x ada bukti kukuh, gbar x ada x boleh nk yakin sangat buat bilaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Mula2 siapkan kek, kali ini guna resipj kek Moist Azlina Ina, resipi ada di blog ni juga, guna 2 cawan tepung gandum, memang besar dan tinggi kejadian kek.

Siap2 buat kek, Mama pula dpt tarikh utk Vaksin dose 1, sama tarikh besday Eqa, alhamdulillah yg di tunggu2 akhirnya tiba juga tarikh 24.6.2021, jam 1pm.

23.6.2021 Rabu Abahnya dpt tarikh juga utk injek, alhamdulillah. 23.6 mama siapkan segala bagai kek tu, cuma utk last je buat 24.6. Kesnya takut kesakitan atau apa2 kemungkinan lps injek tu. Tetapi, alhamdulillah, x ada sakit apa2 cuma kesan sikit x selesa pada sekitar tempat cucuk tu je.

Berbalik pada kek pula, selamat habis dh semua sekali mlm td lagi, x berbaki pun, berat kek ni lbih 2kg dan tinggi






Kek Coklat Moist:

By rosaliza aka syaza liza

Bahan :

1. 5  telur B

2. 1 cawan gula halus

3. 1sb ovelete

4. 1sk esen vanila

5.1 sb emolco coklat

Mix semua bahan hingga gebu. 


Kemudian masukkan 1 cawan susu pekat

Diikuti dengan 1 cawan minyak masak 

Baru mix semula adunan telur speed perlahan. Sampai sebati. Matikan mixer

Bahan Ayak 

2 cawan tepung gandum 

1 cawan serbuk koko

1/2 sdk soda bikarbonat 

1 sdk baking powder

sedikit garam halus


Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur.

sikit2 ya sambil Kaup balik je pn boleh.Dah sebati masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.  

Panaskan kukusan hingga air gelegak. 

Masukkan adunan ke dalam loyang 10 yang disapu minyak dan dialas baking paper atau bekas yang sesuai.Atau bekas kecik2 sq 450 kukus 15 mnt.

Kukus dgn api besar sehingga masak.masa kukus 40-45minit kalau loyang atau bakar suhu 170 masa 50 mnt.Keluarkan dari kukusan. Sisip tepi loyang dan terbalikkannya untuk keluarkan kek sejuk kan di redai.




RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
By : LiNa Pg
Rujukan: Kak Zu (CCMC) , Evelyn Gemina
(Untuk step by step sila rujuk ke blog Evelyn Gemina, untuk rcp CCMC refer blog kakzu)
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

LAPISAN KEK
KEK COKLAT MOIST/KEK SPAN - potong kepada 3 lapisan
Kek Coklat Moist resepi simpanan LiNa Pg boleh refer SINI
Kalau nk buat Kek Span boleh refer SINI
Boleh guna mana resepi kek span kesukaan masing2.Kat Blog rujukan di atas juga ada rcp kek span/chiffon

LAPISAN CHEESE
Bahan-Bahan


  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1  tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml ) 


Cara-Cara:

  1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  2. Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  3. Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  4. Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan
CHOCOLATE MOUSSE
  • 300  gm whipping cream 
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60  ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil 
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
Cara-Cara:
  1. Putar whipping hingge softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan
CHOCOLATE GANACHE/TOPPING
  • 150ml whipping cream
  • 350g dark chocolate
  • 1 tbsp butter - cairkan
Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.


CARA MELAPIS KEK
  • Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
                           Lapisan kedua    - Coklat Mousse
                           Lapisan ketiga    - KEK
                           Lapisan keempat - Cheese 
                           Lapisan kelima    - KEK
                           Lapisan keenam  - Coklat Mousse
  • Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
  • Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
  • Tuang ganache ke seluruh kek.
  • Hias ikut creativity masing2

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...