Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 10, 2021

Resipi Nasi Ala Kak Wok

 Assalamualikum buat semua. Kita masih dbulan syawal.

Pagi ni pagi2 lagi dh lalu lalang di wall fb pasal nasi kak wok ni. Bila baca resipi ada mcm2 pesen rupanya.

Biasa la kalau nk rujuk atau cari apa2 saya suka buka blog teratak mutiara kasih Linapg.

Dalam pada duk baca2 resipi tu, terus g dapur siap2kan bahan. Sambil nk tunggu ayam cair tu godek2 dulu sambal belacan.  ( rupanya x sama pula dgn respi dlm ni, tp rasa sambal yg saya buat tu sedap dan kena pula dgn nasi kak wok yg selalu duk mkn kat pantai dalam tu.

Masa tgh masak gulai ni bau harum semerbak, x tau punca dr mana, atau gabungan rempah kerutuk dan rempah kari ke apa. Bau sebiji mcm gulai kak wok. Terima kasih byk2 buat penyumbang resipi ini.


RESEPI NASI KAK WOK

By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Asal kak Rozmaliza
Di Cuba : Rosaliza @ SyazaLiza

Bahan A (Nasi Putih)
  • Masak Nasi Putih Macam Biasa letak daun pandan simpul.
Bahan B (Gulai Ayam)
  • 4 labu bawang besar merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 +1/2" halia
  • 1 +1/2" lengkuas
  • 3 sudu (b) rempah kari daging @ rempah gulai darat
  • 1 sudu (b) rempah kerutub ( setengah peket kecil rempah adabi )
  • Kacang panjang - dipotong 2" ( tak ada stok )
  • Terung potong kecik2
  • Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
  • Santan (jgn pekat sgt) ( sekotak santan kecil)
Cara2nya
1. Blend bawang merah putih halia, lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi. 
2. Rempah kari,rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan
 kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap.
(gulai ayam ni tak tumis rempah kasar)

Bahan C (Ayam Goreng)

  • Ayam dipotong kecik2
  • Garam
  • 2" kunyit hidup di tumbuk lumat
  • 1 sudu (k) serbuk kunyit
  • 1 sudu (k) serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • Sedikit kacang panjang (potong 2inci)LiNa Pg tambah
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)LiNa Pg tambah
  • Cili merah (hiris serong)LiNa Pg tambah
  • 1 labu bawang holland hiris (LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • Rosaliza goreng Ayam sama dgn bahan2 perap sahaja.

Cara2nya

  1. Ayam basuh bersih2 dan ditoskan. Kemudian dipotong kecik2. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap.
  2. Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan lebihan minyak (tinggal sedikit sahaja)Tumis bawang holland hingga sedikit layu, masukkan sayuran tumis sekejap jer.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah di goreng tadi.Masukkan cili merah gaul rata.Tutup api


Bahan D (Sambal Belacan)

  • 4 biji cili kering - direbus ( rosaliza guna cili merah)
  • Cili padi ikut pedas 
  • 2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar  dibakar ( rosaliza x bubuh)
  • 1 labu bawang putih dibakar ( rosaliza x bubuh )
  • Gula, garam, ajinomoto
  • Air asam jawa
  • Rosaliza tambah 3 biji limau kasturi buang biji dan blend dgn kulit.

Cara2nya:-

  1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya..
SeDap dan bau pun sangat memgancam, Cik abe Aji ckp lg sedap dr mkn kat kedai.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...