Assalamualaikum dan selamat malam buat semua. Syukur alhamdulillah, baru2 ni saya menang Komen di YouTube Malina Linapg di YT Lina masak Mee Kari, alhamdulillah, Pihak Rahman's Spice sudi memilih saya sebagai pemenang. Terima kasih Admin Rahman's Spice.
Byk juga yg saya dpt walaupun komen saya, saya nk cuba rempah Kari Ayam/ daging. Rezeki Alhamdulillah.
Rahman's Spice ni ada mcm2 produk seperti Rempah Kari Ayam/Daging, serbuk kunyit, serbuk cili, kari ikan.
Terima je Parcel tgh hari, esok pagi2, saya terus buat Gulai ayam, gulai ni sebenarnya x byk beza pun dgn kari. Saya suka panggil gulai, itu la dr kecil duk panggil. Lagi satu dlm gulai x letak daun kari, tomato atau pun kentang. Ayam semata2 je.
AYAM GULAI REMPAH KARI RAHMAN'S
Resipi : embunrosaliza.blogspot.my aka SyazaLizaa
Bahan2
Ayam ( potong 16)
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia ( 1cm)*
1 keping asam keping
Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih ( x ada pun x apa )
Garam
Secukup rasa
Sedikit nisan
Santan pekat 2 cawan.
Minyak utk menumis
4 Sudu Besar Rempah Kari Ayam Rahman.
CARA2
1. Ayam di bersihkan dan toskan.
2. Blender bahan bertanda * kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan rempah 3 sekawan.
3. Sediakan secawan air. Apabila bawang telah wangi, masukkan rempah kari, kacau sebati, kemudian terus masukkan secawan air, biar hingga mendidih dan agak pekat.
4. Apabila agak pekat, masukkan ayam gaul2kan sebati sehingga ayam berwarna pucat dan air ayam agak kering.
5. Masukkan air lgi biarkan ayam seketika dlm 10 minit, jika kurang air boleh tambah lgi.
6. Masukkan garam, asam keping, nise dan secukup rasa. Tutup periuk supaya ayam cepat masak.
7. Kemudian boleh lah masukkan santan, jika nampak kuah sedikit boleh la tambah air lgi, sentiasa kacau2 kuah.
8. Sesuaikan rasa dan boleh la tutup api.
Rasa kuah gulai ini sangat sedap dan cantik walupun x guna serbuk cili
2 comments:
Blog comel..pertma saya follow dulu ya
Resipi menarik
Post a Comment