Resepi : Raja Azura @ Majalah Rasa
Dicuba : EmbunRosaliza
Bahan-bahan A:
- 2 cawan kelapa kering (disangai hingga perang dan naik bau, kemudian sejukkan)
Bahan-bahan B:
- 250 gram mentega atau marjerin
- 1 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji kuning telur
- Sedikit pewarna makanan (ikut selera, pilihan)
Bahan-bahan kering:
- 2 ½ cawan tepung ubi
- 1 ½ cawan tepung gandum
Bahan-bahan C (Hiasan):
- Putih telur
- Sedikit pewarna kuning
- Sedikit esen vanila
- Kelapa kering yang dicampur sedikit pewarna merah
Cara-cara penyediaan:
- Dalam bekas, masukkan semua bahan B. Gaul sehingga sebati dan berkrim. Tidak perlu pukul terlalu lama atau hingga terlalu kembang.
- Masukkan bahan kering (tepung ubi dan tepung gandum). Gaul secara kaup balik sehingga sebati.
- Kemudian masukkan bahan A (kelapa kering yang telah disangai) sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga menjadi doh yang sekata.
- Jika mahu, boleh tambahkan sedikit pewarna makanan ke dalam doh. Namun, tanpa pewarna pun biskut tetap sedap dan cantik secara semula jadi.
- Bentukkan doh mengikut citarasa masing-masing dan susun atas loyang yang telah dialas kertas pembakar.
- Hiaskan bahagian atas biskut menggunakan bahan C.
- Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak, bergantung pada suhu oven masing-masing.

0 comments:
Post a Comment