Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 17, 2011

SEPETANG DI PULAU PINANG

 N3 tertunggak..padahal dah lama p penang 2.5.11 lagi, sebagai kenang2an nak juga letak pic kat sini.

Malam tu Linapg n suaminya belanja akk makan kat teluk tempoyak, selalunya kalo kami p penang dia mesti bawa mkn kat luar, dan kedai yang tak pernah kami tak pergi kedai ikan bakar ismail dekat sea gate tu..best kat situ. Tapi kali ni Lina kata lagi special kerana ada siput belitung masak lemak... restoran pun tepi laut gak..orang jangan cerita lah punyalah ramai. Parah gak lah poket dia. Nak snap pic byk2 pun susah .....


 Mula2 main pasir je lompat n gedik2....
 emmmmm pas tu habis lenjun semua...tgk cantik je jambatan pulau pinang tu..

dapat gak merasa pulut udang, selepas makan nasi..kira berkelah gitu
 3 teruna sedang menikmati cendol...mmg sedap. 
 seronok maisarah main pasir
Bye..bye...pulau pinang..lain kali kami datang lagi terima kasih buat LINAPG N AS....budi dan jasa baik mu akan akk kenang.....

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI LAHIR NUR SYAZA ADAWIYAH - 13.5.11

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, sepaputnya n3 ni akk nak post semalam, 13.5.11. Tapi ada pula masalah dengan blogger.com, hari ini alhamdulillah dah pulih dan dah boleh sign in, pada mulanya akk ingatkan akk je yang ada maslah ni, tapi rupan2nya semua blogger hadapai masalah yg sama. Kat blog akk pada pagi 12.5.11 dah tak boleh sign in, tapi ptg ok balik, tapi 13.5.11 langsung tak boleh sign in huhuhu, yang akk perasan ada 2 komen kat post acuan botol roti jala akk dari Ayu Singapore n Mizi hilang sudaaa...


Bercerita pada n3 hari ini, akk nak ucapkan selamat hari lahir buat Nur Syaza Adawiyah yang ke 6 tahun semoga menjadi anak yang baik berjaya dunia dan akhirat. Mama dan abah sayang bby sokmo, 






Selamat Hari Lahir Bby





Wednesday, May 11, 2011

ACUAN BOTOL ROTI JALA...GIFT

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, hari ini dah pun masuk 11.5.11 sekejap je masa berlalu, nampak gayanya bulan mei banyak  la tayangan  sampingan dari masakan n makanan. 


Hari ini akk nak tunjukkan botol acuan roti jala -bukan nak nujuk2 tau, tapi suka sangat. Kebanyakan blogger masak2 mempunyai acuan botol gini, cuma akk je ketinggalan keretapi laju heheh, masa belum kenal botol ni, akk mcm pelik juga nape jadi petak n cantik sangat jaringnya, dah tak nampak rupa jala pun.


Untuk tatapan Ryo, begini lah rupa paras acuan botol roti jala pemeberian adik akk linapg

nipis je botol ni, masa ada label tu lupak lak nak snap pic, dah bogel gini baru akk snap....

memang senang sangat guna botol ni, main picit2 je

Dan yang ini pulak buah tangan dari Chik mimi, mekasih ya, nama menda ni remekin..eh betul ke ejaan tu, akk pun tak pasti



mekasih ya mimi

dan ini lh kami2

dalam keseganan ku tayang juga pic ini untuk kenang2an..

Monday, May 9, 2011

AWARD DARI FIE DAN CHIK MIMI

Dah lama dok tertangguh2 nak g angkut award ni, tah apa yg sibuknya. mekasih buat FIE yang bagi akk award follower yg cute ini. Akk gantung ya


Kad @ Award utk followers, ambil ya..
cantik je bunga ni, moga persahabatan alam maya ni berkekalanya.

Kad ni pulak datangnya dari Chik mimi yang berada di Pulau Mutiara, mekasih mimi sudi bagi kad ini pada akk, moga persahabatan kita berpanjangan di dunia yang nyata pulak heheh

Terima kasih daun keladi kalo berikan lagi ya, fie n mimi, suka akk

Sunday, May 8, 2011

AWARD HARI IBU DARI RYO...

Assalamualaikum....pagi tadi dhh tengok kat umah RYO . . .award ni, tapi tak sempat nak ngakut lagi, maklum lah jauh bebenor award ni datang, kut2 mana pun nak cepat kena naik katerbang heheh, nun dari miri sana..mekasih ryo kerana sentiasa mengigati akk di sini. Sapa2 nak tengok hasil air tangan adik HaSue ni boleh la terjah Blog RYO . . .cukup ke dot.dot tu ryo heheh. 



Comel je award ni..di sini akk ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat Bonda akk Rubiah bt Deraman dan MIL akk Che Esah Ab Rahman. Juga buat semua ibu2 yang bertandang ke blog akk dan semua ibu2 di seluruh dunia ini

Saturday, May 7, 2011

ROTI JALA ACUAN BARU

Assalamualaikum buat semua hadirin dan hadirat sekelian alam yang membaca dan terbaca blog ini. Kunjungan kalian amat akk hargai.


Roti jala acuan baru..sebenarnya masa akk pergi ke penang haritu , akk dapat acuan roti jala yang botol tu, sebenarnya akk ada juga cari kat pasaraya tapi tak pulak jumpa yang pesen botol tu. Terima kasih buat adik akk LINAPG  kerana tahu yang akknya ini suka sangat dengan acuan begitu..mekasih lagi sekali ya dik.


Sebenarnya Lina pun baru je oder acuan ni , masa nak pegi amik acuan tu akk ikut sekali.........jeng...jeng..jeng nak tau akk jumpa sapa, masih terasa- rasa lagi masa jumpanya. saspen je kan, akk jumpa CHIK MIMI - aku dan kehidupanku.


Seronok sangat rasa, akk pun tak sangka boleh jumpa mimi secara live maksud akk di dunia yang nyata, selalu juga jumpa tapi dialam maya je heheh, mimi ada bagi akk satu gift yg spesial, mekasih ya mimi.


Jom tgk roti jala acuan baru, masa buat ni tangan akk sakit, tersiram air panas, nak cover line tu, sebenarnya cubaan pertama akk tak berapa cantik heheh



ROTI JALA


2 cawan gandum
2 cawan air
1 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna kesukaan
sedikit minyak masak


* blender kesemua bahan2 di atas, dan boleh lah menjala mengikut kreativiti masing2, nak yang warna - warni kena ada 2 botol.


akk buat kaler ijau n pink...bila ijau je ank kata mcm kuih ketayap heheh..memnag senang guna acuan gini

mangkuk putih bekas kari tu pemberian dari chik mimi


pstttt mimi boleh tak akk letak gambar kita tu heheh

Friday, May 6, 2011

AMANI 7 BULAN

Hari ni Amani genap 7 bulan bulan. Akk tepek picnya kat sini sebagai kenang2an untuk tatapan dia dimasa hadapan }~


 gambar atas keta masa nak  ke penang hari tu


 dok veragan ingat kat zhariff ...jauh terpisah laut china selatan heheh.. 
 lupa diri jap, sebenarnya pinjam kusi maisarah buat posing..empuk je rasa montot
ingatkan sedap menda ni...rupa besi, kerasssnya
terasa mcm nk pg birthday party je ni...sapa nye besday ye


Amani baru pas bangun tido..dia akn menangis kalo orang lain yang angkat dia..sehinggalah dia jumpa mamanya..suke je nyakat dia snap pic masa air mata laju mengalir....sian lak bila tgk gambar ni. Kalo DSLR mesti clear je air mata tu kan
 emmm  kalo dok gini bekepit gini tak pelah...... salam sayang buat uncle2  n aunty2 semua, missss u muahhhh


p/s amani tgh belajar nak merangkak dh la ni..suka je tgk

Thursday, May 5, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO NUR SYAZA ATHIRAH

Selamat hari lahir buat anakku yang ke 12 tahun hari ini. Semoga kak yang membesar menjadi anak yang berguna dunia dan akhirat }~




Tuesday, May 3, 2011

AMANI N MAISARAH

Assalamualaikum buat semua..hari ni dah pun 3.5.11,hari ahad 1.5.11 akk n famili sempat gak jenjalan ke penang rumah Maisarah. tengok gambar je lah ya, tak larat nak taip, mata ni dh rasa berat sangat , walaupun baru kul 9.20pm. semalam sampai rumah kul 2.30pm, bertolak dari penang kul 6.15pm..bayangkan lah ........


dua sepupu ni kan main lagi macam kamcing je..tapi masing2 asal sempat je tarik rambut, cubit2 tinger heheh..maisarah control ayu je tu..yang amani lak mcm ya, ya je gelak sakan tu heheh


alolooo maisarah ni...cumil jekan...zhariff mata kita mana cepet...kita pun pandai gak buat mata cepet ...langsung tak nmpk mata kekek


tengokkkk..model cilik berdua ni langsung tak beri kerja sama takmo tgk kamera...amani tu sebenarnya silau 


seronok amani main keta maisarah..meh zhariff main sama kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...