Salam dan selamat pagi buat semua..tak kemana kemana ke hari ini. Kali ini aku nak bercerita tentang ketupat pulut versi kelantan. Bagi aku walaupun ketupat ni namanya sama tapi rasa dan cara membuatnya ada perbezaan yang sangat ketara....ada bantahan ke....sebab aku pun tak berapa arif tentang ketupat di negeri lain ni..cuma baru2 ni jiran ku buat ketupat pulut tapi memang lain sangat..tapi dia kata memang macam ni lah ketupat pulut perak....uisss aku kata lain sangat dengan yang kelantan punya...nak tahu kenapa...cara membungkus ketupat tu pun dah lain...pas tu dia rebus ketupat tu dengan santan. ketupat yang aku tunjuk ni direbus dengan air sehingga kering. Isi ketupat pulak macam2 ada..yang manis dan lemak. Kalau yang manis tu ada inti pulak,sama ada kekacang atau serunding daging. Boleh tak kita kongsi pandangan mengenai ketupat palas negeri masing2..samada dari cara buat dan pembungkusannya. Jom layan ketupat palas yang di beli oleh my abe saye ku.:~
RM 2 dpt 5 biji ketupat yang ciconik ini. Tapi kalo kat pasar TMku..murahlah sikit
Yang ini pulak merupakan tapai pulut...biasanya tapai pulut ini di bungkus dengan menggunakan daun pisang. Bagi negeri kelantan tapai biasanya di bungkus dengan menggunkan daun getah atau daun rambai. Daun pisang pula biasa digunakan sekiranya tiada daun2 berkenaan sahaja......di langkawi pun aku rasa mengguna sejenis daun untuk membungkus..daun apa aku pun tak pasti..ini kena orang langkawi yang jawabnya...sila jawab ya ADRY (
dedaun alam ) dan Maria Zaina di sabah sana nuuu. Jomla makan tapai daun getah di pagi hari ini......ini pun dibeli oleh my abe saye ku dekat pantai dalam ( hari ini van dari kelate dtg jual kat Pantai dlm ) kalo nak beli laksa ke laksam ke. jeruk maman ke semua ada hari ini. Jom makan tapai :~
saiznya kecil2 je...comel tengok....rm1, dpt 5 bungkus
pengunaan lidi lagi, kira kelasik punya gitu . Kalo sekarang main hentam ngan stepler je kan
Selamat berhujung minggu dan bersantai bersama keluarga ya..............saye sokmo